Ikuti Blog ini

Raja Nong Chik Main Kasar?


 
Pengerusi Badan Bertindak Little India, S. Pathavachalam (gambar kiri) hari ini mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh kerana mengkritik Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Beliau hari ini mendakwa menerima dua ugutan bunuh terhadap dirinya dan keluarganya, selepas beliau mengkritik dasar menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.

Pathavachalam berkata beliau menerima panggilan ugutan “beberapa minggu yang lalu” dari seorang yang menggelarkan dirinya “Sudukaatu Ravi”, yang kemudian membuat ugutan bunuh terhadap dirinya dan keluarganya.

“Dia (pengugut) berkata nyawa saya akan melayang kerana mengkritik dan memalukan Raja Nong Chik,” katanya dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini.

“Lelaki itu juga berkata tidak ada gunanya untuk saya membuat laporan polis kerana dakwaannya, polis dan kerajaan adalah di pihaknya,” katanya lagi. -TheMalaysianInsider
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .