Ikuti Blog ini

Bloger UMNO pun mengaku Najib bodoh dan bangang

KUALA LUMPUR : Seorang bloger Pro Umno menyifatkan Presiden Umno, Najib Razak sebagai bodoh kerana hanya akan meletakkan calon MIC dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hulu Selangor yang pengundiannya pada 25 April ini.

Selain perkataan bodoh, Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor dilabelkan sebagai ‘bangang’ apabila enggan meletakkan calon Umno kerana pengundi dalam parlimen itu jelas menolak calon dari MIC.

“NAJIB BODOH... hanya itulah perkataan yang sesuai untuk najib yang menolak mentah-mentah suara rakyat hulu selangor, sudah terang-terang rakyat dan pengundi menolak calon mic, najib masih lagi bangang mahu meletakan calon mic disana. sejak bila suara manoriti mengatasi suara majoriti?

Dalam pentadbiran najib yang baru berusia setahun jagung suara mainoriti nampaknaya lebih di utamakan oleh najib,” kata blog itu.

Selain itu, blog itu turut menterbalikan gambar Najib dan memberi amaran bahawa gambar itu akan kekal di situ sehinggalah 15 April ini, dengan syarat Najib meletakkan calon Umno untuk bertanding dan bukannya calon dari MIC.

“Aku akan tegakan kan balik gambar najib kalau 15 (tarikh pengumuman calon oleh BN) hari bulan ini, najib umum calon bn dari umno. Esok akan upload kan klip video suara penduduk hulu selangor yang meminta bn meletakan calon melayu umno dan suara ini bukannya datang dari mulut orang melayu, tapi permintaan dari kaum cina,” kata blog itu lagi.

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

Dakwaan DSAI Terbukti Benar, Asiasoft, Agen Yahudi Kini Dihalang Masuk Bukit Aman

Musa Hassan: Asiasoft tidak lagi dibenar masuk Bukit Aman

Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.

“Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut,” katanya.

Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Anwar dalam perbahasan di Dewan Rakyat berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Beliau mendakwa kehadiran dua bekas pegawai tentera Israel dalam syarikat itu disedari oleh pegawai tertinggi PDRM dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Menurutnya Syed Hamid telah diberi taklimat berhubung perkara itu pada 23 Nov 2008 di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Dalam penjelasannya kepada Bernama hari ini, Musa mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

“Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

“Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Johari dalam satu sidang media berkata pendedahan Anwar di Parlimen bertujuan menarik perhatian rakyat dengan cuba mempolitikkan isu keselamatan negara.

“Ini soal keselamatan negara jadi jangan politikkan isu ini kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara. Dia (Anwar) sanggup mengeluarkan isu lama untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada negara,” katanya.

Beliau mendakwa isu tersebut pernah dikeluarkan oleh pengendali blog MalaysiaToday Raja Petra Kamaruddin dalam blognya pada tahun 2008 tetapi tidak mendapat perhatian umum.

Sementara itu di lobi Parlimen, Anwar berkata polis perlu meneruskan siasatan berhubung dakwaannya itu dan beliau sedia bekerjasama membantu siasatan. GB

Tak Sokong UMNO, Rumah di Roboh!


Sebuah lagi rumah kosong menyembah bumi,kerana dianggap bukan setinggan?


Kasihan penduduk tidak bertanah,rumah mereka dirobohkan di Kg Kurnia Jaya ,dalam Dun Kuala Sapetang.

Kelmarin pihak berkuasa Pejabat Tanah LMS merobohkan rumah setinggan yang tidak berpenghuni.Mereka dikatakan bukan golongan setinggan.

Namun seorang penduduk yang keluarga mereka terlibat,menyatakan dua buah rumah orang kuat UMNO tidak dirobohkan.

Dakwa penduduk dengan satu panggilan telefon rumah orang kuat UMNO yang tidak berpenghuni itu dibiarkan terus berdiri tegak.

Kita difahamkan seorang penduduk pergi mengadu kepada SPRM tindakan double standard pejabat tanah itu.

Terdapat seorang pengadu memberitahu kroni orang pejabat tanah sahaja yang memiliki tanah di kampung Kg Kurnia Jaya yang belum bergeran itu. - sisi bukit

“Teguran kami berasas”

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan teguran badan itu terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) meluluskan pelbagai projek di Hulu Selangor sebagai berkempen sebelum hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen bermula adalah berasas.

Katanya, teguran tersebut selari dengan fungsi dan peranan badan itu dan tetap melakukan sama terhadap mana-mana pihak yang melakukan perkara sama tanpa memihak kepada sesiapapun.

“Kami adalah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak dan tidak bersikap pilih kasih dalam melaporkan kesalahan.

“Laporan kami berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan dengan tidak mengehadkannya terhadap pihak tertentu sahaja,” katanya kepada :Sinar Harian, :semalam.

Menurutnya, Mafrel sedia bekerjasama dengan setiap pihak, termasuk parti politik, tanpa melibatkan elemen politik dalam setiap laporannya.

Kelmarin, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa SPR mengkaji semula peranan Mafrel sebagai pemantau pilihan raya yang dilihat sebagai alat kepada pembangkang dan didakwa bersikap tidak bebas dalam menyatakan pandangannya.

Syed Ibrahim turut mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung laporan pilihan raya kecil (PRK) yang gagal dihantar badan bebas itu.

Katanya, sebahagian tuduhan tersebut tidak benar kerana mereka telah menghantar laporan PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

“Sebahagian PRK itu berlangsung secara berturutan dan masih dalam proses untuk diteliti.

“Kami akan menyiapkan laporan tersebut sebelum PRK Hulu Selangor,” katanya.

Beliau berkata, Mafrel sedia berkongsi maklumat kerana terdapat kejayaan yang diperoleh berdasarkan cadangannya dan dilaksanakan SPR.

Abdul Aziz kelmarin, mendakwa Mafrel gagal menghantar laporan sembilan PRK yang berlangsung sebelum ini dan kecewa penggunaan media sebagai saluran untuk mengkritik SPR.-S/H

DS Anwar hantar Surat Kepada Agong Mohon Batal Kontrak Israel

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

Sementara itu, Anwar juga mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara.

Pada mesyuarat PAC itu bagi membincangkan prestasi Khazanah Nasional, Azmi melahirkan kebimbangan beliau bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.

Berikut petikan mesyuarat itu:

Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.

Berrdasarkan maklumat itu, Anwar menggesa polis untuk meneruskan siasatan.

"Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” katanya.

Liputan Sidang DUN Terengganu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/DSCN1295.jpgFikir semula pelaksanaan Undang-Undang Syariah

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri khususnya melalui Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri diminta memikirkan semula pelaksanaan undang-undang syariah seperti yang termaktub dalam al-Quran agar setiap perkara yang dilakukan sentiasa menepati syariat Islam.
Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Sura) berkata, sekiranya ingin mengatasi masalah sosial di negeri ini yang dilihat semakin berleluasa, penubuhan satu jawatankuasa yang menggunakan pendekatan holistik al-Quran mampu mengurangkan masalah tersebut dalam kalangan remaja hari ini.

“Ini sebab, rata-rata remaja yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral kebanyakan lemah dalam pengetahuan agama dan kita percaya sekiranya jawatankuasa ini dilulus dan dilaksanakan, masalah itu dapat dikurangkan walaupun tidak seratus peratus,” katanya ketika membahaskan ucapan Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, semalam.

Sementara itu, Wan Hassan meminta Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada pembinaan satu hospital baru di Dungun kerana ia sangat penting dalam soal kesihatan masyarakat di kawasan itu.

“Perkara ini sangat penting kerana hospital yang sedia ada dibina sejak 1960- an lagi dan banyak kemudahan tidak mencukupi dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

“Kita berharap permohonan ini akan dapat dikaji dan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10),” katanya.

Beliau juga menyarankan penekanan pembelajaran al-Quran tidak hanya terhad kepada kanak-kanak di peringkat prasekolah sahaja kerana pada masa sekarang masih terdapat pelajar di sekolah rendah dan menengah yang tidak dapat me-nguasai pembacaan al-Quran sepenuhnya.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu memikirkan alternatif terbaik seperti menambahkan bilangan kelas agama supaya generasi muda dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk mendalami dan menghafaz al-Quran.

“Memang diakui Kerajaan Negeri begitu menitikberatkan pembangunan akademik namun usaha ke arah melahirkan generasi celik al-Quran juga wajar diberi penekanan,” katanya. – Sinar Harian

Tamparan utk BN - Ketua Wanita MCA letak jawatan parti, k'jaan

Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA.

Serentak dengan peletakan jawatan itu, Chew juga berkata dia akan melepaskan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat yang disandangnya.

Beliau juga mengumumkan akan melepaskan jawatan senator.

Pada pemilihan parti itu pada 28 Mac lalu, Chew berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandels seks DVD dilantik sebagai presiden.

Chua berjaya menumbangkan presiden ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dengan majoriti yang tipis.

Reaksi spontan Chew pada malam keputusan itu ialah beliau akan menagguhkan sebarang pengumuman sehingga Jawatankuasa Pusat Pergerakan Wanita MCA bermesyuarat.

Mesyuarat itu berlangsung hari ini.

Menjelang tengah hari, ratusan penyokongnya tiba di Wisma MCA, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Chew.

Antara sepanduk dan kain rentang yang dibawa mereka, tertera "Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita".

Semasa Chew tiba, penyokongnya terus melaungkan "Kami sokong anda", "Kami perlukan anda" dan "Jangan letak jawatan!".

Sokongan padu itu menyaksikan Chew menitiskan air mata. Beliau kemudiannya menghabiskan kira-kira 30 minit dengan penyokongnya sebelum menuju ke tingkat enam untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Malaysiakini/-

Depa naik gaji..Rakyat kena beli SETEM mahal...apa kes nie..??

Rakyat Bawahan Makin Tertekan: Mulai 1 Julai Harga Stem Pos Naik Sekali Ganda...

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.

Ini adalah kali pertama Pos Malaysia menyemak harga (setem) sejak pengkorporatannya pada 1992, menurut kenyataan syarikat itu di sini hari ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata kenaikan itu akan memberikan dana tambahan bagi Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, setara dengan amalan terbaik antarabangsa.

"Dalam tempoh 18 tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan penyusutan berterusan jumlah mel awam dan Pos Malaysia telah mengambil langkah untuk mengawal kos di samping mengekalkan produktiviti kami.

"Pada masa yang sama, ini telah menjejaskan keupayaan syarikat melaraskan gaji posmen dan kerani kaunternya yang 19 peratus lebih rendah daripada rakan sejawatan mereka dalam kerajaan.

"Penstrukturan semula gaji posmen dan kerani kaunter akan dilakukan serentak dengan kenaikan harga setem pos domestik," katanya.

Penstrukturan semula gaji akan menjadi satu rangsangan moral bagi kaki tangan operasi sejajar dengan langkahnya untuk meningkatkan prouktiviti dan komitmen mereka ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Apabila dilaksanakan nanti, harga setem pos domestik bagi mel standard seberat hingga 20 gram akan dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan mel seberat hingga 50 gram harga setem akan dinaikkan daripada 40 sen kepada 70 sen.

Kenaikan harga ini juga membabitkan mel standard yang beratnya kurang daripada 50 gram, mel bukan standard yang beratnya kurang daripada 100 gram, bahan cetak berkala, PosDokumen, mel berdaftar dan bungkusan kurang daripada dua kilogram.

Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan mel bukan standard melebihi 100 gram hingga dua kilogram, Peti Surat, beg berkunci dan serahan tingkap.

Pada masa ini, setem pos domestik (30 sen bagi mel standard yang beratnya hingga 20 gram) adalah yang terendah dalam Asean selepas Thailand.

Dalam kalangan negara Asean, harga setem pos domestik Filipina (pada berat yang sama) adalah yang tertinggi iaitu 66 sen, diikuti oleh Singapura (62 sen), Indonesia (54 sen) dan Brunei (47 sen).

Sementara itu, sejajar dengan aspirasi 1Malaysia Kerajaan, Pos Malaysia akan memperkenalkan Mel Rakyat pada Mei untuk memenuhi keperluan orang yang masih memilih untuk menggunakan perkhidmatan pos pada harga yang lebih rendah.

Mel Rakyat yang bentuk dan fungsinya serupa dengan mel udara, akan dikenakan kadar tunggal 30 sen bagi penghantaran ke mana-mana alamat dalam Malaysia.

Dengan Mel Rakyat, pelanggan individu yang menyumbang sembilan peratus jumlah mel Pos Malaysia, masih mempunyai pilihan menikmati kadar pos yang lebih rendah bagi keperluan mel domestik mereka. - Bernama-KedahLanie-

Sebut `Umno-Apco’ bukan kesalahan - Dato' Mahfuz

KUALA LUMPUR, 8 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar (gambar) yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen semalam tetap dengan pendirian bahawa tindakan beliau menyebut ‘Umno-Apco, Apco-Umno’ di Dewan Rakyat bukan merupakan satu kesalahan.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, perkataan Umno dan Apco bukan termasuk dalam kategori perkataan unparliamentary malah ia sering kali digunkan sewaktu perbahasan dalam dewan.

"Dua perkataan yang saya sebut ini tidak menjadi satu kesalahan. Umno dan Apco bukan perkataan unparliamentary tapi dua perkataan yang memang wujud. Bukan perkataan yang bersifat lucah atau tidak baik dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam dewan," katanya kepada pemberita di lobi parlimen semalam.

Sebelum itu, Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat keputusan melalui undian suara untuk merujuk beliau ke jawatankuasa berkenaan selepas berulang kali menyebut perkataan Umno-Apco, Apco-Umno.

Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz itu.

Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil Pakatan Rakyat termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan.

Mahfuz juga berkata, respons tidak senang wakil Barisan Nasional khususnya Umno dengan slogan itu menunujukkan mereka tertekan dengan pendedahan yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga beberapa wakil PR yang lain.

“Mereka menghadapi tekanan kuat atas pendedahan yang dibuat oleh (Datuk Seri) Anwar dan Ahli Parlimen Pakatan yang lain tentang soal tergugatnya kedaulatan negara kita akibat penyerahan beberapa sektor strategik ataupun projek-projek dalam sektor strategik membabitkan institusi strategik negara ini kepada pihak yang ada kaitan dengan Israel,” katanya.

Menyentuh mengenai keputusan Speaker Dewan Rakyat pula, beliau berkata, Wan Junaidi diilihat keliru dan tidak tegas dengan keputusan itu.

“Saya tidak mahu mempersoalkan kuasa Speaker tapi semua orang boleh lihat tadi (semalam) bagaimana flip-flop yang dilakukan beliau. Mula-mula menerima undi kemudian mengatakan usul itu salah bila ditentang oleh rakan-rakan saya dalam Pakatan. Kemudian minta saya tarik balik. Kemudian habis begitu sahaja. Kemudian kata biarlah jawatankuasa pilihan yang tentukan sedangkan sebelum itu sudah pun dikatakan bahawa usul 36(12) itu terbatal kerana ia tidak memenuhi apa yang dikatakan,” katanya. -Hrkh

Model Ekonomi Baru Akan Gagal Tanpa Modal Insan Cemerlang

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/Sidang%20DUN%20Trg%20Ucapan%20Presiden%20PAS%20_ADUN%20Rhu%20Rendang_%20Part3%20001_0001.jpg- kerajaan dicadang laksanakan undang-undang berteraskan syari’at yang telah diluluskan

KUALA TERENGGANU
– Walau sebaik mana sekali pun rancangan diatur dan dilaksanakan, ia tetap akan gagal sekiranya tidak dipacu oleh modal insan yang cemerlang.

Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak akan gagal sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana menghadapi masalah pelaksana.

”Masalahnya adalah masalah pelaksana, pelaksana inilah yang berkait dengan modal insan,

”dalam kita membina modal insan kita mestilah melihat kepada komponen-komponen yang asasi kepada naluri dan fitrah manusia,”saran Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga ADUN Rhu Rendang berkata demikian ketika membahaskan titah perasmian Tengku Seri Panglima Raja dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam, 7 April.

Menurutnya, Allah menjadikan manusia mempunyai jasad, ruh, individu, masyarakat, bahan-bahan yang digunakan, kewajipan terhadap hak-hak Allah dan khilafah iaitu memakmurkan mukabumi dengan peraturan dan kebijaksanaan yang diturunkan olehNya.

Katanya, komponen tersebut merupakan mata rantai yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain dalam membangunkan modal insan.

”Kita bercakap tentang Ulul-albab, kita bercakap tentang ‘khaira ummah’ sebaik-baik umat, bercakap tentang ‘ummatan wasata’, umat yang pertengahan,


“tetapi kita tidak menyentuh mata-mata rantai yang merupakan komponen bagi membentuk Ulul-albab, penekanan yang utama ialah aqidah,”jelasnya.

Bagi orang Islam, beliau berkata, aqidah adalah mengikhlaskan diri kepada Allah SWT dan menolak ‘toghut’ iaitu setiap yang melampaui batas, bukan sahaja dalam aspek ibadah, bahkan dalam cara hidup.

Katanya, undang-undang dan peraturan yang melampaui batas akan menjadikan manusia turut melampau batas dan tidak seimbang diantara rohani dan jasad.


Sebagai contoh, berlaku ketidakseimbangan tersebut, kata beliau, adalah jawapan bertulis yang diberikan kerajaan tentang kewujudan pusat snooker dan karaoke di negeri ini, dimana, menurutnya, undang-undang dan peraturan sedia ada membenarkan sebanyak 70 buah pusat tersebut beroperasi.


”Manusia tidak boleh mengawal hawa nafsu, sebagai contohnya saya lihat disini terdapat ketidakseimbangan,

”Bukannya kita tidak boleh berhibur, boleh berhibur, tetapi sejauh mana batas-batas sempadan dalam hiburan ini,

”saya tidak nampak batas-batas sempadan ini berlaku dengan cara yang teguh dan kuat,”tegasnya.

Dengan itu, katanya, adalah perlu batas-batas sempadan yang dapat mengawal aspek-aspek negatif dari hiburan ini, kerana ia adalah perkara yang sangat penting.

Justeru, beliau berkata, adalah baik bagi kerajaan negeri, jika dilaksanakan undang-undang berdasarkan syari’at Islam yang telah diluluskan oleh DUN dan telah ditandatangani oleh tuanku Sultan serta telah digazetkan.

”Kami telah meluluskan undang-undang berdasarkan syari’at Islam dalam (pada) penggal yang lalu, kerajaan tidak menolak, terus menerima, dan Tuanku (Sultan) telah ‘sign’ (tandatangan) dan (telah) digazetkan,

”alangkah baiknya, perkara ini dilaksanakan dan kami bersedia untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya,”katanya.- BO-


Dia Calon Terbaik PR Untuk PRK Hulu Selangor

Menurut sumber dalaman parti, Ketua Umum KEADILAN Anwar Ibrahim mengesahkan bekas menteri undang-undang itu adalah calon terbaik untuk mengekalkan kerusi tersebut.

"Zaid seorang tokoh yang dikenali. Semua orang kenal beliau dan agak popular, termasuk di kalangan bukan Melayu. Anwar sedar hal ini.

"Tambahan pula, Zaid dilihat sebagai ahli politik yang berprinsip, sejak beliau melepaskan jawatan menteri. Orang ramai menghormati pendirian beliau ini," kata sumber dalaman itu.

Pada 2008, Zaid menentang keputusan kerajaan pusat untuk menahan tiga individu – seorang pemimpin pembangkang, seorang blogger terkenal dan seorang wartawan – di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Apabila diminta untuk akur kepada keputusan kerajaan, bekas ahli parlimen Kota Bharu itu meletak jawatan. Zaid seorang peguam kemudian bertukar menjadi ahli politik bertindak keluar Umno dan menyertai KEADILAN pada tahun berikutnya.

Sementara itu, sumber itu berkata kemenangan Zaid dalam pilihan raya kecil nanti, akan melonjak namanya bagi memainkan peranan yang lebih penting dalam parti dan Pakatan Rakyat.

"Anwar mewawancara beberapa calon tetapi beliau telah menetapkan Zaid sebagai pilihannya. Kepimpinan parti akan membuat pengumuman tentang hal ini lewat minggu ini," katanya KEADILAN yakin bahawa bekas menteri itu boleh menarik sokongan ketiga-tiga kaum di kawasan majoriti Melayu itu.

Kawasan parlimen itu mempunyai segolongan besar pengundi berbangsa Cina dan India serta dianggap sebagai tempat menguji sentimen rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Zaid: Biar kepimpinan parti membuat keputusan (tajuk kecil) Apabila dihubungi, Zaid enggan mengulas. "Saya serahkan perkara ini kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat pengumuman rasmi," kata beliau.

Kerusi parlimen Hulu Selangor menjadi kosong berikutan kematian Dr Zainal Abidin Ahmad dari KEADILAN pada 25 Mac lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 17 April dan hari mengundi pada 25 April ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal telah menewaskan G Palanivel, ahli parlimen di kawasan itu selama tiga penggal dan juga timbalan presiden MIC dengan kemenangan tipis 198 undi.

Barisan Nasional dijangka meletak Palanivel untuk bertanding sekali lagi walaupun terdapat beberapa bantahan daripada kalangan Umno.

Beberapa pemimpin Umno merasakan bahawa calon Melayu lebih berpeluang memenangi kerusi itu berbanding calon dari MIC, yang dilihat telah hilang sokongan dari masyarakat India.

Juga terdapat spekulasi beberapa puak dalam Umno yang tidak berpuas hati akan meletakkan calon bebas.

Tiga tokoh lain menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas.

Teratas dalam senarai ialah pemimpin tempatan yang berpengaruh V Chandran.

Chandran, bekas ketua bahagian MIC Hulu Selangor, yang dipecat dari parti baru-baru ini, adalah penyokong kuat Palanivel.

Dua lagi calon ialah Presiden Majlis Belia India Malaysia A Rajaratnam dan T Ananthan, bekas pekerja Tamil Nesan yang gagal memenangi kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat dalam pilihan raya MIC yang lalu.

Dalam satu wawancara baru-baru ini, kedua-dua Chandran dan Ananthan mengisytiharkan bahawa mereka mahu "mengajar" (presiden MIC) Sammy Vellu.

Hampir 53 peratus atau 34,020 dari sejumlah 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor adalah Melayu, 16,964 (26.3 peratus) pengundi Cina dan 12,453 (19.3 peratus) India. -FMT
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .