Ikuti Blog ini

TGNA mahu Najib sendiri…




Debat PAS-Umno, Nik Aziz mahu Najib



PAS sambut baik keputusan Raja Raja



Selar sikap kerajaan bertindak melulu membelakangkan pandangan pelbagai pihak.

Tangguh bentang pindaan RUU Kekeluargaan Islam , keputusan Majlis Raja Melayu dialukan




11 Dalil Mengapa Umno Akan Kalah di Manek Urai





Pilihan raya Manek Urai 2009 merupakan pilihan raya kecil ke-7 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Haji Ismail Yaacob pada 5:55 pagi 22 Mei 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan. Pada 28 Mei 2009, Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof telah berkata bahawa pilihan raya kecil ditetapkan pada 14 Julai 2009 ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai 2009, bermakna lapan hari tempoh berkempen telah diberikan. Calon Pakatan Rakyat/PAS yang dipilih adalah Fauzi Abdullah manakala calon BN/Umno ialah Tuan Aziz Tuan Mat.

Berikut adalah 11 Dalil Mengapa Umno akan kalah di Manek Urai.

1.Tuan Aziz dikatakan antara calon yang terjempit dalam kemelut masalah Umno di Kuala Krai.

2.Tuan Aziz dikatakan bukan orang yang direstui oleh Ketua Bahagian, Ramzli Abdul Rahman.

3.Budaya 'cah keting' yang sinonim dengan UMNO Kelantan juga mungkin akan 'membantutkan' peluang BN.

4.Jentera kempen BN/Umno Manek Urai telah berpecah kepada dua kumpulan kerana perebutan kuasa.

5.Umno sama ada di peringkat Manek Urai mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

6.Umno berhempas pulas merayu simpati pengundi, namun rakyat di Manek Urai terus memperlihatkan sikap dingin terhadap Umno.

7.Tuan Aziz berumur 39 tahun semasa dia meletak jawatan sebagai Pengurus KESEDAR tetapi layak mendapat pencen.

8.Dilihat sebagai 'Orang' Najib Razak dan masyarakat di Manek Urai pada hakikatnya tidak menyukai Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

9.Lawan Tuan Aziz dari PAS Fauzi Abdullah seorang yang amat-amat cakna pada masyarakat sekeliling.

10.Tuan Aziz tidak faham akan keperitan masyarakat Manek Urai kerana dia berkolar putih berbanding dengan lawannya yang berkolar biru seperti majoriti pengundi Manek Urai.

11.Fauzi Abdullah mempunyai sebuah Van persendirian yang diwakafkan sebagai Van Jenazah kepada penduduk Kuala Krai. sesiapa sahaja boleh menggunakan Van Jenazah tersebut jika mahu dan tiada bayaran dikenakan.


Manek Urai: Mesti Dipertahankan..!

Ringkas...

Manek Urai mesti dipertahankan dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai sebab Manek Urai adalah 1-1nya DUN tradisi PAS. disaat Kerajaan PAS tumbang ketika zaman Dato' Asri dahulu, Manek Urai adalah 1-1nya DUN yang berjaya dipertahankan oleh PAS.

Oleh itu, PERTAHANKAN MANEK URAI DARI PENJAJAHAN UMNgOk/BARISAN NASIYONAL..!

Jangan biar perkara yang sama berlaku di Kelantan sebagaimana yang telah berlaku di Perak. jangan biar negeri Kelantan DILACURKAN oleh UMNgOk/Barisan Nasiyonal.

Pulangkan Royalti Minyak Kepada Rakyat Kelantan..!


Penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai

sdfg

Himpunan ceramah perdana malam ini akan dibarisi pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang


Rakyat dijemput jayakan “Himpunan 100,000 rakyat” di Stadium MBPJ malam ini.



Rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan himpunan 100, 000 rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya malam ini.


Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub himpunan malam ini diadakan bertujuan menjelaskan pelbagai isu berhubung Pakatan Rakyat dan isu-isu semasa.


Himpunan ceramah perdana malam ini akan dibarisi pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.


Himpunan akan dimulakan pada jam 9.00 malam, kata Salahuddin.




Debat jalan terakhir selesai masalah ummah - Nik Aziz




KOTA BHARU - Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.

Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.

Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.

Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

"Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak," kata beliau.

Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

"Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

"Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata," ujarnya.

Dato Seri ke Muar...Memang Best..



Gambar sekitar Program Dato Seri Nizar di Muar Johor semalam.Dato Seri yang datang dari Kuala Lumpur diarak ke tempat ceramah dari Plaza Tol Pagoh.Lebih dari 5 kenderaan dan 4 buah Motosikal Berkuasa Besar mendahului Konvoi sempena kedatangan Dato Seri Nizar ke Muar.Konvoi bergerak hampir 20 Kilometer sebelum sampai ke lokasi tempat ceramah iaitu di Markaz Pas Kawasan Bakri Muar Johor.


Ketibaan Dato Seri nizar disambut dengan paluan kompang dan juga perarakan masuk ke Markaz tersebut sambil di beri tepukan gemuruh oleh lebih dari 5000 RAKYAT sekitar Muar.Mereka yang hadir tanpa mengira Bangsa dan sambutan sebegini hanya pernah berlaku pada awal perasmian Markaz tersebut kira -kira 16 tahun yang lalu dengan kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz,namun ia diserikan kembali dengan kehadiran Wira Negeri Perak dan Menteri Besar Rakyat ke tempat tersebut.


Ketibaan Dato Seri Nizar juga disambut oleh Ketua DPPMNJ Dato Mahfuz Mohammad,Dr Boo Cheng Hau ( Adun skudai),Hj Anwar salleh ( Pengerusi PKR Johor) dan Yb Dr Sheikh Ibrahim Salleh ( Adun Sg Sabung).


Kalungan Bunga juga dibuat oleh wakil Penduduk India di sana.Cendrehati juga disampaikan oleh Pengerusi Pas Negeri kepada Dato Seri Nizar.


Semangat dan juga Aura beliau amat menarik perhatian apabila Dato seri sentiasa mendapat perhatian dari semua lapisan terutamanya dari kalangan Anak Muda di Johor yang mana boleh dikatakan sambutan itu sebenarnya diluar jangkaan.


Apapun sambutan Rakyat di Muar memang Best...!!!




PERAK - SUKA ATAU TIDAK PILIHANRAYA MESTI DIADAKAN

GoMalaysian

Secara congak mudahnya, BN telah lenyap di Perak. BN telah pupus di Perak. BN yang selama ini begitu bangga dengan sokongan padu UMNO, MCA, Gerakan dan MIC telah sepi sesepi-sepinya. UMNO sahaja yang masih tercongok di Perak.

Nasib baiklah ada seorang MCA yang sudi menemani UMNO. Entah-entah MCA itupun sedang berkira-kira mahu meninggalkan UMNO. Ini kerana BN telah tidak lagi relevan di Perak. Pimpinan MCA, Gerakan dan MIC sedar bahawa parti mereka hancur kerana kerenah kekauman melampau UMNO.

Komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu di Perak hampir sama banyak. Jikalau tidakpun 50-50, komposisi pengundi Melayu tetap tidak melepasi angka 51. Angka-angka ini amat memeritkan pengekalan kuasa oleh UMNO. UMNO mesti melakukan sesuatu. UMNO telah terdesak. Tembolok kroni mesti dibantu isi. Ini kerana UMNO tidak boleh hidup tanpa kuasa dan rasuah. Kuasa dan rasuah adalah prinsip yang mendasari UMNO semenjak Tun Madey menjadi PM lagi.

PRK Bukit Gantang telah membuktikan bahawa 85% pengundi bukan Melayu tidak lagi memberikan undi mereka kepada UMNO. Walaupun UMNO masih berbangga kerana berjaya menambahkan sedikit majoriti di DUN Trong, namun UMNO tetap kecewa kerana tidak ada pertambahan undi kepada UMNO. UMNO bernasib baik kerana pengundi muda yang bekerja di luar tidak balik mengundi. Tetapi harus diingat bahawa mereka akan pulang mengundi sebaik sahaja semboyan PRU 13 atau PRU Perak dibunyikan.

UMNO yang menang di 27 DUN begitu gelisah untuk mengekalkan kemenangan. Dengan semangat jentera dan petugas mereka yang merudum, UMNO begitu ngeri untuk memulangkan kuasa kepada rakyat. Dahulu kroni yang berwang sanggup menabur RM walaupun berhutang demi menaja kempen UMNO. Hari ini mereka tidak lagi berani menabur atau menyumbang wang untuk UMNO. UMNO hanya bergantung kepada wang rasuah induk sahaja. Dan wang itu pula sangkut dan lenyap dalam perjalanan. Wang tidak sampai ke akar umbi.

Tidak hairanlah berita yang memberitahu ada beberapa cawangan UMNO mencapai kata sepakat agar MB DPulau tidak membubarkan DUN Perak sebelum tempohnya berakhir pada PRU 13 nanti. Cawangan-cawangan UMNO menghadapi masalah mengumpulkan jentera dan petugas parti. Ahli-ahli UMNO begitu malu dengan tindak tanduk pimpinan UMNO pusat dan negeri yang bertindak secara betina. Mereka malu kerana UMNO tidak lagi bertelor. Ahli UMNO sedar dan faham bahawa UMNO telah merampas kuasa dengan menghalalkan yang haram. Begitu sukar pemimpin cawangan dan bahagian UMNO mengembalikan akan semangat dan yakin diri kepada anak buah mereka. Mereka hanya nampak kekalahan sahaja.

Tempoh edah kuasa hanya tinggal tiga tahun lagi. Dalam tempoh ini PR Perak tidak berdiam diri. MB Nizar masih terus menguji sistem kehakiman Malaysia. Perlanggaran Perlembagaan Malaysia oleh UMNO hanya menambahkan lagi simpati pengundi kepada PR. UMNO pula semakin dibenci. Ahli UMNO pun benci dengan UMNO. ADUN PR pula mempunyai masa yang cukup untuk menerangkan hal sebenar kepada rakyat.

MB DPulau pula jenuh mencari salah silap MB Nizar sepanjang 10 bulan MB Nizar diamanahkan sebagai MB Perak. Sebaliknya kenyataan dan tindakan MB DPulau hanya menambahkan lagi bencinya rakyat Perak kepada beliau. MB DPulau hanya meneruskan idea dan kerja-kerja MB Nizar. MB DPulau mendakwa bahawa semua itu idea dan ilhamnya. Memang muka tak tahu malu. Tapi pimpinan UMNO mana tahu malu? Istilah malu hanya ada pada PR dan rakyat sahaja.

Banyak hikmahnya kepada PR apabila UMNO bertindak menghalalkan yang haram. UMNO melalui Satu Malaysia sebenarnya telah membantu usaha PR mempercepatkan UMNO berkubur pada PRU 13 sebagaimana rakan BNnya yang telah dikapankan pada PRU 12.

Semakin lewat dibubarkan DUN Perak, semakin cerahlah peluang PR untuk menang.

Walaupun MB DPulau mendakwa bahawa beliau adalah MB Perak, kroni dan suku sakat UMNO masih mengemis mencari dan mencipta projek. Pegawai-pegawai kerajaan mula berani menyanggah kehendak UMNO yang secara jelas melanggari piawaian perkhidmatan mereka. Pegawai-pegawai kerajaan tidak sanggup turun naik mahkamah apabila UMNO tidak lagi berkuasa. Biarlah mereka dikenakan tindakan ditukar tempat kerja asalkan mereka selamat daripada menghuni penjara.

Senang cerita, hanya UMNO sahaja yang berdendang bahawa UMNO akan menang besar sedangkan madunya dalam BN mengatakan sebaliknya. Tepuk dada tanya selera. -Dango Mamamat



Surat jemputan rasmi kepada najib untuk debat telah siap – TGNA



Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz) - DSAI

Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz) - DSAI

Anwar sokong syor Nik Aziz mahu debat dengan PM

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz),” katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang mencabar Najib mengadakan debat terbuka bagi mencari kebenaran dan menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama.

Tok Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, Anwar berkata, PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam membantu parti itu memenangi pilihan raya kecil tersebut.

“Kita akan beri sokongan penuh kepada PAS. Insya-Allah kita yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi kawasan tersebut.

“Kita akan beri sokongan dalam apa jua bentuk kerjasama kepada calon PAS di Manek Urai,” katanya. kepada mStar.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .