Ikuti Blog ini

Obor Keadilan dakwa Najib 'perah' Petronas

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Edisi kedua Suara Keadilan diterbitkan dengan versi "Obor Keadilan" kini boleh didapati di pasaran sejak Selasa lalu selepas edisi pertama "Keadilan" yang diterbit awal minggu lalu.

Edisi terbaru kali ini adalah yang kedua diterbitkan secara tidak berkala selepas permit akhbar PKR itu berakhir 7 Julai lalu dan belum diperbaharui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Muka depan edisi terbaru ini meletakkan tajuk "Selain Felda...BN Perah Petronas" dengan bilangan keseluruhan 24 muka surat dan dicetak sebanyak 30 ribu unit.

Edisi ini difahamkan mendedahkan bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa memaksa Petronas membayar RM30 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan negara walaupun keuntungan syarikat gergasi itu mengalami penyusutan ketara.

Di Muka Belakang pula, edisi Obor Keadilan ini meletakkan tajuk "Badut Umno tuduh Anwar Alat CIA" difahamkan merujuk kepada laporan akhbar Utusan berhubung perkara itu baru-baru ini.

Utusan sebelum ini mendakwa kononnya Anwar sanggup membayar stesen televisyen CNN untuk menemuramah beliau.

Bagaimanapun, edisi kali ini bukan lagi 'edaran percuma' seperti edisi pertama Keadilan yang juga edisi pengenalan awal minggu lalu.

Ianya diterbitkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Suara Keadilan mula bermasalah apabila akhbar itu menyiarkan berita menghentam Felda bertajuk "Felda Bankrap" pada keluaran bertarikh 22-29 Jun lalu sehingga disaman pihak Felda.

Selain Felda, pihak KDN juga terus memberi tekanan kepada pihak penerbitan Suara Keadilan apabila tidak memperbaharui permit pernerbitan akhbar tersebut.

KDN juga sebelum ini telah memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap parti dan pemimpinnya sekiranya PKR berkeras untuk menerbitkan lidah rasmi yang telah digantung itu.

Selain itu KDN juga turut membuat laporan polis ke atas penerbit akhbar tersebut kerana menerbitkan 'dokumen rahsia'.

Ahad lalu, Dzulkarnain diarahakan ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Pihak KDN bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. -Hrkh

Melayu Tanpa UMNO untuk Malaysia

Melayu adalah teras politik Malaysia bukannya Umno. Ini adalah kerana Melayu terpecah kepada dua kumpulan yang terbesar iatu PAS dan Umno.

Mana-mana parti ini, siapa menang pilihanraya adalah menjadi teras atau tonggak politik Malaysia. Contohnya, di Kelantan dan Kedah tonggak yang menguasai politik negeri tersebut adalah PAS bukannya Umno.


Bahkan kuasa politik Kelantan di tangan PAS selama lebih 20 tahun. Ini membuktikan bahawa Melayu lebih selamat tanpa Umno apabila Islam yang memerintah memberikan keutuhan, kesejahteraan dan keadilan untuk ummah dan semua kaum dengan sistem keadilan Islam.

Apabila PAS menjadi tonggak politik Malaysia menggantikan Umno dan Pakatan menggantikan Barisan Nasional selepas PRU 13 nanti, insyaAllah. Orang Melayu tiada perlu bimbang kerana parti pemerintah yang baru adalah PAS/PAKATAN dan Umno/BN akan menjadi Ketua Pembangkang di parlimen seperti yang berlaku kepada Umno di DUN Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Ummah lebih maju, terbela dan selamat daripada kerakusan Umno atau SAUK(selagi ada Umno Kacau).

Bukan hanya Umno sahaja yang boleh memerintah. PAS juga berwibawa dan berkemanpuan serta bersedia untuk memerintah ‘Kelantan yang lebih besar” yakni, menguasai dan menjadi tonggak Kerajaan Persekutuan, Parlimen dan Putrajaya bersama rakannya Keadilan, DAP dan SNAP dalam PAKATAN RAKYAT, insyaAllah! PAS optimis kali ini.

PAS tiada akan menyelamatkan parti perkauman kebangsaan Melayu Umno itu; semata-mata kerana hendak menanggung ‘ Biawak Hidup “ yang sarat dengan kezaliman ke atas rakyat, kemungkaran ekonomi, skandal, rasuah, salahguna-kuasa, salah-tadbir, perkauman dan kronisme.

Umno adalah teras kepada kemungkaran yang menguasai negara dan ummah selama ini yang terhimpit dengan permainan politik perkauman dan masih lagi tiada mahu akur bahawa politik perkauman dan penyatuan yang berasaskan kaum dan bangsa sudah di tolak oleh rakyat Malaysia. Buktinya, rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum telah menolak calun Umno, MCA dan MIC di dalam PRU 12.

Namun, UBN masih lagi dengan sentimen perkaumannya seperti kata Nasir Safar orang kuat satu Malaysia PM sendiri dengan retorik beliau Cina dan India adalah pendatang walhal mereka adalah warganegara Malaysia bukannya pendatang asing. Lebih kotor lagi menyatakan Cina itu ‘pelacur’ dan India’pengemis”.

Oleh kerana sentimen perkauman cetusan Umno ini sudah tiada laku, maka lagu perkauman tersebut cuba dimainkan pula oleh Perkasa ambilalih tempat Umno untuk meraih undi Melayu pada PRU13 itu nanti. Ditokok pula dengan Perkasa MCA dan mungkin selepas ini Perkasa MIC, MIC dan MCA yang sekarang ini berkeceramuk di tolak oleh kaum India dan Cina; yang bakal karam dengan Umno dalam bahtera perkauman UBN itu sendiri pada PRU13 nanti, insyaAllah.

Hanya PAS/Pakatan yang boleh menyelamatkan ummah dan semua kaum di negara ini; bukan sahaja orang Melayu kerna dasar PAS adalah Islam; iaitu, “Rahmatan lil ‘alamiin“ (Rahmat kepada sekalian alam) tanpa mengira ras, agama dan ideologi politik. “ Islam Just For All“

PAS sekali-kali tiada akan mengkhianati bangsa Melayu dan rakyat semua kaum kerna hak keistimewaan orang Melayu, raja-raja, Bahasa Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan hak kaum lain dan kebebasan berugama sudah pun sediada dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua Presiden Parti dalam Pakatan; iaitu TGHH, Lim Kit Siang dan DS Anuar Ibrahim telah menegaskan berkali-kali akan menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

Sebaliknya Umnolah pengkhianat agama, bangsa dan negara kerana menghapuskan Penggunaan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matamatik dan Sains, biasiswa kepada Bumiputra dan penolakan Akta Hudud yang dibentangkan TGHH sebanyak tiga kali di dalam Parlimen.

Bahkan parlimen tiada tahu menahu tentang pengkhianatan Umno kepada negara sewaktu dua telaga minyak yang bernilai RM320 Billion diserahkan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni kedua-dua negara. Tanjung Pagar hilang begitu sahaja kepada Singapura sedangkan itu hak Malaysia ( KTMB ) yang bernilai tinggi dan merupakan warisan negara.


Oleh itu Umno janganlah menjadi tiada siuman bermain dengan isu ‘perpaduan Melayu ‘ dan gunapakai ‘Setan Bisu Judi’ alias Mufti Perak pula kerna orang sekarang sudah tolak dan terima perpaduan Islam yang menyatukan semua kaum di Malaysia ini; di atas teras keadilan Islam untuk semua yang diyakini rakyat berbilang kaum. Bahkan PAS bisa menjadi teras politik negara kerna terbukti sekitar 20,000 bukan Islam sudah mempunyai dewan mereka sendiri di dalam PAS. Iaitu, DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS. Ini bererti PAS sudah mendahului politik Malaysia dengan menampilkan pendekatan sistem Islam yang adil untuk semua.

Umno masih lagi sempit dengan minda perkauman dan ketinggalan jauh kebelakang ditinggalkan PAS. PAS tiada bisa berkerjasama dengan UMNO, MIC dan MCA yang bernausakan perkauman dan menerima dan istiqamah dengan pakatan politik (tahaluf siasi) dengan Keadilan, DAP dan SNAP/PAKATAN yang tiada berteraskan perkauman.

*Penulis Tamu : Tulisan oleh Nash Ar-Rawy

YB Nasa Ganti kuliah TGNA



Pagi ni Tok guru Nik Aziz tak dapat hadir, mungkin tak sihat. Yb Nasa juga merupakan speaker dun negeri kelantan yang juga wakil rakyat DUN Meranti. Beliau femus la dikalangan orang kelantan dengan ceramah yang lantang dan tegas.
by kerabu.

Harussani Tidak Layak Jadi Orang Tengah

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita29/IMG_7644.JPGSETIU - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak layak menjadi orang tengah kerana beliau selaku yang bertanggungjawab dengan urusan umat Islam tidak melaksanakan amanahnya.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, banyak lagi masalah yang melanda umat Islam tetapi tidak dapat diselesaikan, umpamanya masalah judi dan maksiatyang semakin berleluasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengalu-alukan peserta Jambori Alternative Riding Club (ARC) di Pantai Merang dekat sini, Jumaat 23 Julai.

Menurutnya, Harussani juga tidak berlaku adil kerana menawarkan diri menjadi orang tengah antara PAS dan Umno tetapi pada masa yang sama melabelkan PAS dengan pelbagai label yang tidak benar.

Ustaz Mohd Nor, dalam mengulas lanjut isu perpaduan antara PAS dan Umno, PAS menghulurkan tangan kepada Umno untuk bersama dengan PAS dengan nama Islam

Jambori ARC yang bermula semalam akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan dan ditutup oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, esok 24 Julai 2010.
Dengar Ucapan Aluan Ustaz Mohd Nor di Buletinonline Radio

Rompakan Balak Berhemah Atas Nama JKKK Kini Terus Berlaku Lagi Di Pahang, Rancangan Tanah (RTK) Serta Tanaman Semula (RTB) Jadi Alasan !!

Kami tidak terkejut dengan pembongkaran yang dibuat dalam posting terbaru Blogger Braveheart dalam blognya berkenaan isu kelulusan kawasan kepada seorang "tokey balak" dari Mentakab Pahang baru-baru ini. Artikel yang bertajuk "alang-alang mandi biar basah" itu juga mendedahkan surat kelulusan kawasan membalak seluas 570 ekar oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang kepada individu terbabit (tetapi nama tokey berkenaan dipadamkan).

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu bagi tujuan Rancangan Tanah Kelompok (RTK) untuk tujuan Projek Tanaman Semula Berkelompok (RTB). Kawasan yang terbabit iaitu di Paya Pelong, Mukim Jenderak dalam Daerah Temerloh. Menurut surat pejabat hutan itu, permohonan "tokey berkenaan" telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang ke 11/2010 pada 7 April lalu. Antara alasan yang dinyatakan ialah pihak kerajaan negeri bersetuju meluluskan kawasan seluas lebih kurang 230.68 hektar (570 ekar) itu kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Dato' Sharif Ahmad.

Apa yang amat mengecewakan pihak berkenaan ialah "tokey" terbabit dikatakan telah menguasai Ketua Kampung dan JKKK dalam Parlimen Temerloh sejak beberapa tahun yang lalu. Malah mereka juga mengatakan "Kalau dulunya Pahang pernah menganugerahkan gelaran "tengku Wong" kepada seorang peniaga kayu balak, kini wajar sekali diberikan gelarang "Tengku Akek" kepada peniaga kayu balak dari Mentakab kerana berjaya menguasai Ketua-ketua kampung / JKKK dalam Parlimen Temerloh yang diberikan konsesi kayu balak dalam kawasan rayau orang asli. Difahamkan beliau adalah "abangadik" kepada seorang YB dari Temerloh".

Soalnya, siapakah pemimpin dan YB yang dimaksudkan itu agaknya?.


Inilah bukti, surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Pahang

[Kami cuba menyiasat kebenaran laporan berkenaan dan berjaya mendapat maklumat tersebut. Difahamkan YB berkenaan telah menggunakan wang "tokey" terbabit sebanyak RM500,000 bagi tujuan membeli perwakilan untuk menang jawatan penting dalam pemilihan parti itu. Selepas beliau menang, maka dihadiahkan beratus-ratus kawasan balak kepada tokey terbabit yang bernilai jutaan ringgit. Kini hubungan mereka semakin akrab dan banyak kawasan balak yang terlarang ditarah atas nama projek tanaman semula berkelompok untuk diserahkan kepada tokey itu. Pendek kata "tokey" yang mempunyai "sawmill" dekat Mentakab itu kini makan hasil jasa YB berkenaan yang dipelihara sebaik-baiknya.

Akhirnya apa yang dilihat orang Melayu tertipu menjadi alat untuk melempiaskan nafsu puak-puak pemimpin atasan yang kaya raya menikmati hasil. Mereka memberilah sedikit tempias kepada Ketua Kampung dan JKKK untuk menutup mulut. Senario ini berlaku di seluruh negeri Pahang sebenarnya. Malah, Menteri Besar Pahang sendiri khabarnya hanya akan meluluskan kawasan bakal untuk JKKK. Namun, itu hanya topeng semata-mata, sedangkan hakikatnya pemimpin UMNO setempat yang kaya-raya makan lauknya. Sebaliknya JKKK hanya dapat menghirup kuah yang ditinggalkan.

Puak-puak UMNO BN pun memang tahu kejadian ini, namun dek kerana takut untuk melawan dan membongkarkannya maka dibiarkan saja ia berlaku. Soalnya, sampai bila ia harus terjadi?. Akhirnya yang mendapat untuk ialah beberapa kerat pemimpin UMNO yang menjawat jawatan penting di bahagian masing-masing. Sedangkan ahli-ahli akar umbi yang berjuang bermati-matian hanya diberikan
"duit teh" sebagai "gula-gula" untuk menutup mulut mereka. Rakyat kini terus ditipu lagi nampaknya]. -Pahang Daily

Adakah PAS dilihat jahat jika menolak.

Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.

Apa kata 3 Naib Presiden PAS;

Mahfuz Omar Berkata;

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”

Salahuddin Ayub Berkata;

Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

Apa kata Timbalan Presiden PAS;

PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.

Apa kata Presiden PAS ;

(Maaf, ikhlasnya saya katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden adalah senada)

Apa kata Mursyidul Am PAS;

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO !!!

Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah, bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu buat ketika ini.

Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut. Akhirnya tiba satu perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

Persoalan di sini ialah, adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu dan Islam ini ?

Sedarlah saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!

PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat.

Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.

Perlu diingat, penyatuan PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir UMNO.

Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka, serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.

Salam Perjuangan, Salam Reformasi, Salam Revolusi 308
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi ;
1Perjuangan - Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan !
Oleh : http://edyesdotcom.blogspot.com

Tembelang Sudah Pecah!!!


oleh : m3m

Mengata dulang paku serpih.... Ha.. ha.. ha... Mengata orang.... malangnya diri sendiri terlondeh!! Ouch!!! Malunya aku weh.....

Dulu riuh se kampung.... media lembu dia, tuduh dan fitnah Anwar, kononnya bayar kepada CNN untuk diwawancara. Adey.... see the leg la. Dia tak payah, susah payah bayar-bayar pada sesiapa pun untuk diwawancara. Orang yang cari dia, beb!! Orang yang beraura.... orang yang berkarisme.... orang akan berebut-rebut cari.... untuk menemuramah dia. Free of charge!!

Tapi, kesian yang hat sorang lagi tu.... Nak naikkan imej, dia terpaksa bayar upah pada APCO, juta-juta ringgit!! Yang syiuknya.... dia tahu pulak yang imej dia teruk dan perlu di'up'kan. Agaknya dia dah cermin diri kot....

Dia nak glamour dan publisiti terpaksa, cari sponsor untuk bayar media di Amerika. Kat sini, boleh ler dapat free. Ater... media-media lembu tu, dia yang kontrol. Di sana..... no money, no talk!! Orang macam dia.... Mr Nobody yang dunia tak respek.... terpaksalah main duit untuk dapatkan publisiti. La..... desperatenya.

Aha... sekarang terbongkar satu lagi tembelang dia. Terdedah dan terlondeh weh.... Cer baca tajuk berita ini....

"PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika"

Kalau nak tau lebih lanjut, baca sendiri di sini.

Kesian... kesian.... Duit sapa agaknya yang dia gunakan, ya?? Mana nak bayar APCO.... Terpaksa hulur sana untuk jadi glamor dan hulur sini untuk dapat publisiti. Isy.... isy... isy.... banyak duit tu!! Agaknya..... sebab itu, dia terpaksa selaraskan subsidi dan harga barang. Rupanya.... dia nak selaraskan imej diri. Rakyat?? Mampuih pi!!

Nampak gayanya.... PM 1Malaysia ni terpaksa main duit untuk kekal berkuasa, supaya.... dapat terus duduk di kerusi empuk PM 1Malaysia. Main duit pualk tu, bukan sikit-sikit. Manyak ooooo...

Pembohongan besar UMNO BN kepada rakyat


UMNO BN mendakwa kononnya kerajaan PR 11 bulan memerintah Perak tidak buat apa-apa untuk rakyat. Kononnya PR kerjanya saban hari saban malam ceramah memburuk-burukkan UMNO. Ini memberi gambaran seolah-olah MB, EXCO dan seluruh adun-adunnya bersama pegawai-pegawai kerajaan tidak buat apa-apa untuk kebajikan rakyat.

Kita akui sepanjang 11 bulan memerintah, pimpinan PR terpaksa menemui rakyat samada dalam program rasmi kerajaan atau ceramah politik yang dianjurkan oleh parti. PR buat begitu kerana inilah caranya menjelaskan kepada rakyat polisi dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh PR dalam menerajui negeri Perak, selain menjawab tohmahan UMNO BN. Kalau peluang tersebut kita boleh perolehi melalui radio, tv dan akhbar media perdana, tidak perlu PR keluar saban hari dan malam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Ini adalah satu pembohongan besar UMNO BN kepada rakyat. Bukan itu sahaja, malahan mereka sentiasa mendakwa negeri Perak diperintah oleh Cina DAP, Hj Nizar dan PAS boneka serta kuda tunggangan Cina. PAS gadai tanah orang Melayu kepada orang Cina. Tohmahan ini sedikit sebanyak meresap juga kepada orang Melayu. Sebuah Ngo Melayu menghantar memorundum kepada Sultan Perak konon nak selamatkan tanah-tanah orang Melayu. Itulah persepsi buruk yang cuba digambarkan oleh UMNO BN melalui media.

Sebenarnya program-program kebajikan yang UMNO BN buat sekarang untuk rakyat di Perak itulah dulunya dibuat oleh PR. Dalam akhbar Sinar Harian semalam dan hari ini Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian 1000 hektar tanah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 2000 hektar tanah kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR). BN juga turut memberi bantuan dermasiswa kepada pelajar-pelajar Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dan sebagainya. Berita-berita tersebut memberi gambaran seolah-olah PR dulu tidak buat apa-apa pun pada rakyat.

Pada hal UMNO BN meniru dan meneruskan apa yang PR buat dulu. Kita tidak pula mempertikaikan apa yang mereka buat. Cuma dulu apabila PR mengumumkan pemberiaan tanah 1000 hektar tanah kepada sekolah Cina dan memberi peruntukan kewangan 60 ribu setahun kepada SJKC ini, seluruh pemimpin UMNO menjaja merata Perak kononnya Hj Nizar ikut telunjuk Cina dan DAP untuk bantu sekolah Cina manakala SAR kononnya diabaikan. Inilah fitnah jahat UMNO BN. Pada hal PR juga memberi 1000 hektar tanah kepada SAR dan mengembalikan semula bantuan perkapita kepada SAR.

Ada juga yang bertanya, BN bagi pada SAR lagi banyak 2000 hektar. Baguslah kalau begitu, persoalannya PR yang memulakan dulu, tapi UMNO menapikan apa yang kita buat untuk rakyat. Media mereka tidak pernah menyiarkannya. Pada saya 1000 hektar pun sudah cukup baik berbanding dulu UMNO BN 50 tahun perintah Perak tak pernah bagi tanah kepada SAR. Lagipun SAR dapat semula bantuan perkapitan yang ditarik oleh UMNO sejak tahun 2002. 1000 hektar tanah yang UMNO BN tambah itu sama nilainya dengan jumlah bantuan perkapita setahun kepada SAR.

Yang hairannya bila UMNO BN umum bantu kaum Cina, umum peruntukkan kepada semua MCA bahagian, bagi bantuan kewangan kepada gereja, kuil dan tookong dan sebagainya, tidak ada pula pemimpin UMNO dan Ngo Melayu yang membantah. Kita tidak pula menyuruh bantah pemberian seumpama itu, baguslah, itu hak rakyat. Persoalannya janganlah double standart, PR bantu Cina dan kaum lain, dituduhnya khianat, jual dan gadai kepentingan Melayu, boneka, kuda tunggangan dan bermacam-macam lagi momokan.

Saya nak sebut semula apa yang kerajaan PR telah buat dan laksana sepanjang 11 bulan memerintah Perak yang didakwa oleh UMNO BN tidak buat apa-apa untuk rakyat. Antaranya mengembalikan semula bantuan perkapitan kepada SAR, memberi 1000 hektar tanah kepada SAR dan SJKC, memberi bantuan dermasiswa RM 1000 kepada pelajar-pelajar IPT, memberi air percuma 20 meterpadu kepada rakyat miskin, menaikan peruntukan musibah di setiap daerah dari 30 ribu kepada 50 ribu, menaikan bantuan kebajikan dari serendah-rendah RM 50 kepada RM 200 dan semaksima RM 400, memberi suratan hak milik kepada penduduk Melayu di kampung tersusun dan juga penduduk Cina di Kampung-kampung Baru, memberi elaun bulanan kepada Ketua Kampung RM 400 sebulan dan RM 200 sebulan kepada SU JKKK, menubuhkan Tabung Kebajikan Rakyat untuk membantu anak-anak yatim, warga tua, miskin tegar, ibu tunggal. Menubuhkan Tabung Kebajikan Khas bagi membantu pesakit-pesakit kronik. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil bagi membantu peniaga-peniaga yang mahu berniaga secara kecil-kecilan tanpa sebarang faedah dikenakan.

Semua itu diluluksan dalam bajet 2009 yang dibentangkan dalam sidang DUN bajet 2009. Banyak lagi sebenarnya yang dibuat oleh PR sepanjang 11 bulan memerintah Perak yang kebanyakannya ditiru dan diteruskan oleh UMNO BN. Tetapi UMNO BN membutakan mata rakyat dengan maklumat ini, sebaliknya menyebarkan fitnah dan tohmahan kepada rakyat.

misabah.blogspot.com

Jangan ikut rentak Media



SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meminta ahli-ahli parti itu agar tidak mengikut rentak media arus perdana berhubung isu kerjasama antara UMNO dan Pas sejak dua minggu lalu.

Dalam satu kenyataan medianya semalam, beliau berkata, isu-isu yang dipaparkan itu boleh merapuhkan kesatuan dalam parti itu sendiri.

“Kebelakangan ini mereka rancak memainkan isu berkenaan sehingga mengelirukan sebahagian daripada ahli Pas dan masyarakat Malaysia khususnya.

“Saya nasihatkan semua ahli dan pimpinan Pas supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana,” katanya.

:Sebuah akhbar perdana semalam menyiarkan di muka depannya laporan yang memetik ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan sebagai berkata, UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Kenyataan Nasruddin itu dipetik melalui laman blognya di bawah tajuk ‘Pelan Damai Untuk UMNO dan Pas’.

Nasharuddin berkata, Pas yang masih berpegang dengan muktamar-muktamar yang sedia ada akan terus memberi tumpuan kepada gerak kerja untuk pilihan raya umum yang ke-13 dalam membina sebuah Kerajaan Persekutuan yang baru.

“Kita percaya media-media ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman Pas sendiri,” katanya.

Beliau juga menyeru kepada kesemua ahlinya agar lebih berusaha untuk memperkukuhkan parti terutama sekali di peringkat cawangan dan kawasan di samping menambah bilangan ahli baru.

Sementara itu, Nasrudin berkata, Pas tidak pernah menghantar mana-mana pemimpin tidak kira pemimpin peringkat rendah atau peringkat tertinggi bagi mengadakan perbincangan berkenaan isu perpaduan dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, sekiranya ada, terpulang kepada pemimpin berkenaan untuk tampil menjawab segala persoalan berhubung pertemuan yang diadakan itu.

“Kemungkinan perjumpaan yang diadakan adalah secara peribadi dan bukannya di atas arahan parti.

“Isu siapa berjumpa siapa bukan isu penting. Pertemuan itu mungkin hanya pertemuan biasa untuk bertanyakan pendapat,” katanya.

Menurutnya, jika pertemuan di antara pemimpin Pas dengan Mufti Perak membincangkan isu perpaduan, beliau (pemimpin Pas) tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana segala keputusan ditentukan oleh parti.

Nasrudin berkata, Pas adalah parti yang bertunjangkan Islam dan UMNO hanya perlu menerima Islam serta menjadikan perundangan Islam sebagai asas perpaduan negara.

ISU PASIR : LAA TAK DAPAT KONTRAK RUPANYA, TU YG BISING TU..!!

Isu pasir di Selangor semakin hangat. Selepas Khir Toyo membangkitkan soal negeri Selangor yang bimbang bakal berlubang akibat dikorek pasir, seorang lagi pemimpin UMNO negeri tampil dengan membuat isu lain pula.

Kali ini giliran Noh Omar pula yang tidak ketinggalan cuba bersaing publisiti dengan Khir Toyo dengan megenengahkan pula isu kroni pasir pula. Pihak KSSB lantas menempelak Noh di sini kerana rupanya beliau tidak faham mengenai bidang perlombongan pasir di negerinya sendiri.

KAMI mahu Akta Mesin Cetak dipinda, kuasa eksklusif menteri KDN dicabut


Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dalam pertemuan hari ini mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional meminda beberapa peruntukan dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memberikan kuasa penuh kepada Menteri Dalam Negeri menentukan kelulusan penerbitan sesebuah akhbar.

Pengerusinya, Ahmad Lutfi Othman memberitahu, cabaran besar adalah menangani masalah permit dua lagi lidah rasmi Pakatan Rakyat iaitu Suara Keadilan dan Roket. Katanya, satu pertemuan akan diatur dengan pihak KDN dan Suhakam bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Ini isu besar yang perlu diselesaikan segera. Kerajaan Umno BN semasa membuat pertimbangan pada masa itu tidak pernah memikirkan nasib kakitangan yang bekerja di akhbar berkenaan. Keputusan itu juga memberikan kesan kepada syarikat percetakan selain editor akhbar yang sering dipanggil dan diberi amaran olah KDN," ujarnya.

Sebelum ini, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menegaskan sudah sampai masanya rakyat bangun menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini dihapuskan kerana ia jelas mengongkong kebebasan bersuara.

Setiausaha KAMI, Tarmizi Mohd Jam pula berkata, pertemuan kedua itu berjaya mencapai beberapa keputusan bagi memulihkan kebebasan akhbar dalam negara yang diiktiraf sebagai demokrasi ini.

"Pertemuan kali ini mencapai beberapa keputusan yang mampu memberikan jalan keluar kepada KAMI khususnya dalam usaha untuk kita memastikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ini boleh untuk dipinda dan dimansuhkan untuk beberapa bahagian tertentu bagi membolehkan rakyat menikmati erti demokrasi yang sebenar dalam negara kita.

"Apa yang kita tidak mahu dan yang paling dominan dalam akta ini ialah penguasaan kuasa menteri secara eksklusif yang digunakan dan menjadi alat kepada pemerintah dalam mereka memastikan kekuasaan berada di serambi kuasa secara salah. Penyalahgunaan kuasa di kalangan menteri amat mudah dilakukan dalam akta ini yang mudah dimanipulasi bagi menyekat rakyat," katanya selepas selesai pertemuan berkenaan di pejabat editorial Harakah, Jalan Pahang, dekat sini.

Dalam Bahagian V Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) dan kaedah-kaedah, perkara 13A menyatakan bahawa apa-apa keputusan menteri untuk menolak daripada memberikan atau untuk membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah atas apa-apa jua alasan pun.

Bagi maksud seksyen ini "keputusan" termasuklah apa-apa perintah atau arahan yang dibuat oleh menteri di bawah akta ini.

KAMI juga, katanya akan turut membincangkan perkara ini dari sudut undang-undang dan juga mengenal pasti beberapa bahagian dalam akta ini yang jelas bercanggah dengan pengasingan kuasa dan demokrasi yang akan menyekat kebebasan rakyat.

Tambahnya, satu lagi pertemuan akan diadakan dengan wakil-wakil media yang lain serta pakar perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari dan pensyarah Pusat Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah bagi membincangkan perkara tersebut.

Menurutnya lagi, satu memorandum berhubung tuntutan itu akan disampaikan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam masa yang terdekat.

Pada masa yang sama, KAMI juga akan meggerakkan untuk menyampaikan maklumat dari masa ke semasa sehingga sampai ke matlamat akhir untuk melancarkan satu gerakan rakyat iaitu Gerakan Rakyat Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Geram) agar akta berkenaan berjaya dimansuhkan.

Sementara itu, aktivis Aiman Athirah Al- Jundi berkata, perjuangan kami akan bersifat objektif dan diplomasi dengan mengikut segala prosedur undang-undang bagi mencari jalan penyelesaian dan mewujudkan situasi menang-menang di antara kerajaan dan media alternatif.

"KAMI akan bersifat objektif dan diplomatik dengan menggunakan lunas-lunas undang-undang dan prosedur demokrasi yang ada. KAMI sanggup berhadapan dengan kerajaan misalnya dan pihak penguasa untuk mencari jalan penyelesaian untuk win-win situation. Kesilapan yang berlaku kita perbetulkan, bukan nafikan terus," katanya. - Hazayani Zakaria

Sedetik DUA LAGENDA (Amy Search & TG Nik Aziz)~



Kunjungan hormat ikon rock AMY SEARCH ke rumah TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
di Pulau Melaka selepas Subuh 25 Jun 2010.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .