Ikuti Blog ini

Agenda Di Sebalik Penurunan Minyak



Dalam kita sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, hari ini kerajaan telah mengumumkan penurunan harga minyak untuk mengatasi masalah inflasi. Bukannya saya tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan umumkan, tapi disaat-saat genting untuk PRK Permatang Pauh saya rasa masanya bukan sesuai dalam keadaan ini.

Ianya semacam rasuah kepada pengundi Permatang Pauh supaya mengundi UMNO / BN. Kalau kerajaan BN nak turunkan minyak, kenapa baru sekarang baru nak turunkan. Sedangkan negara lain dah lama turunkan minyak sejak penurunan harga minyak di pasaran dunia.

Walaupun turun, tapi ianya tidak dapat menurunkan sangat harga barangan di pasaran kerana penurunannya hanya 0.08 sen untuk diesel dan 0.22 sen untuk petrol. Jauh sekali dengan kenaikan yang dibuat oleh Pak Lah 1.00 untuk diesel dan 0.78 sen untuk petrol baru-baru ini. Bijak juga kerajaan pimpinan BN, naikkan banyak harga minyak dan turunkan sedikit sahaja asalkan masih ada untung untuk kroni-kroni.

Tapi saya harap ianya tidak mengaburi mata pengundi Permatang Pauh untuk mengundi BN. Jangan gadaikan maruah semata-mata kerana kebendaan yang ditawarkan oleh kerajaan pimpinan BN.

Dalam pada itu, saya amat kesal apa yang berlaku di Permatang Pauh sebagaimana yang dilaporkan oleh PKR, di mana seramai 900 orang yang namanya tersenarai dan telah mmbuang undi pada pilihan raya ke 12 baru-baru ini mendapati nama mereka tercicir dan hilang daripada buku daftar pemilih terbaru.

Semacam ada yang tidak kena dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mungkin betul apa yang diperkatakan selama ini SPR tidak bebas dari kongkongan mereka yang berkuasa dalam kerajaan pimpinan BN. Nampak sangat SPR ni jahat, mana mungkin senarai nama pengundi yang telah membuang undi pada PRU 12 boleh dibuang dengan sewenang-wenangnya.

Pada pengundi PRK Permatang Pauh, harapan saya supaya semua pengundi dapat menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Jangan biarkan titik permulaan kita ke Putrajaya ini disia-siakan.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .