Ikuti Blog ini

Masalah perkhidmatan pengangkutan awam, kemana RM 4 bilion??

Pada penghujung tahun lepas, kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dengan alasan menjimatkan 4 Bilion subsidi rakyat bagi mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam.

Walaubagaimanapun baru-baru ini Pak Lah kecewa dengan sistem perkhidmatan rel negara apabila menaiki sendiri train komuter daripada Serdang ke KL Sentral.

Kemana perginya subsidi yang di jimatkan tersebut? Kenapa sudah hampir setahun perkhidmatan masih mengecewakan?. Atau adakah 4 bilion itu hanya untuk membiayai jentera BN dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini. Persoalan ini juga telah dikemukakan oleh Zulkifli Sulong kepada Shabery Chik dalam program debat Anwar-Shabery anjuran Agenda Daily, tapi tidak dijawab.

2 hari lepas, Pak Lah berjalan-jalan menaiki komuter kononnya beliau prihatin kepada masalah rakyat. Beliau menyatakan kekecewaannya kepada sistem perkhidmatan rel ibukota, dan meminta supaya perkhidmatan ini dibaiki segera.

Hari ini, tanpa angin dan ribut Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat tiba-tiba menegaskan bahawa sistem perkhidmatan ‘LRT bukan di bawah saya’. Malah beliau menyatakan bahawa LRT terletak di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat di bawah milik kerajaan (GLC) dibawah Kementrian Kewangan. Kementrian Kewangan pula di bawah siapa kalau bukan di bawah Pak Lah.

Walaubagaimanapun terima kasih kepada Pak Lah kerana sanggup melihat sendiri masalah sistem pengangkutan ini. Diharapkan selepas ini, ada perubahan yang lebih baik, bukan hanya lakonan bagi memujuk warga ibukota yang sebahagian besarnya telah menolak BN pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas.

Pada pilihanraya yang lepas BN hanya mampu mendapat 3 kerusi diwilayah persekutuan termasuk parlimen Labuan.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .