Ikuti Blog ini

Pemudawilayah bantah konsert Inul!



Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) membantah sekeras-kerasnya konsert Inul Darastista atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai 2008. Tindakan membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat kerana sebelum ini, konsert berkenaan telah dibatalkan selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru enggan mengeluarkan permit.

Untuk itu, PemudaWilayah akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak DBKL dan Kementerian Wilayah memandangkan konsert berkenaan akan berlangsung dalam kawasan pentadbiran DBKL.

Seharusnya pihak Kerajaan peka terhadap kehendak rakyat dan tidak melayani artis ini yang sehingga kini masih ditolak oleh Ulama’-ulama’ Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur pornografi.

Sebelum ini artis ini juga pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka. Walaupun dibantah oleh PemudaWilayah tapi pihak DBKL berdegil. Semasa konsert berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun beliau berjanji tidak melakukannya.

Jadi adakah ada lagi mana-mana pihak boleh menjaminkan perkara yang sama tidak berlaku?

PemudaWilayah juga ingin mengingatkan semua pihak terhadap aksi tunjuk punggung oleh penyanyi kumpulam Caburateor Dung yang dibelasah oleh penonton yang menyaksikan konsert mereka di Stadium Kelana Jaya sempena Himpunan Protes awal bulan ini.

Suasana menjadi panas bilamana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton. Situasi yang sama tidak mustahil akan berlaku lantaran kuatnya bantahan yang ditujukan terhadap Inul akhir-akhir ini.

Walaupun apa jua alasan yang dilontarkan, PemudaWilayah mengingatkan bahawa rakyat tempatan menolak konsert ini. Rata-rata penonton yang hadir pada siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau ditanahair sendiri.

Jika konsert ini berlaku maka negara ini akan ‘dilacurkan’ kedaulatannya bagi melampiaskan keinginannya warga Indonesia yang tidak tercapai ditanahair mereka.

Diharapkan agar pihak Kerajaan mengambil serius terhadap perkara ini bagi menjaga imej negara sebagai anggota OIC.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Anwar serah 8 dokumen pada BPR babitkan Gani dan Musa



Ketua Umum Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di ibu pejabatnya di Putra Jaya hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pasukan mereka.

Dakwanya, Gani Patail dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Anwar yang bercakap kepada kira-kira 50 wakil media yang menunggunya di luar pintu di Bangunan BPR sejak 10 pagi tadi berkata beliau, turut membawa kes jenayah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor terhadapnya.

Selain itu katanya, beliau juga mengemukakan dokumen mengenai ujian DNA beliau yang diambil pada tahun 1998 untuk menghina beliau.

"Saya berpuas hati kerana BPR mencatat semua keterangan dengan profesional dan mereka meminta dokumen dan saya berikan semua dokumen yang ada di tangan saya," katanya yang ditemani dua peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Dato' Parakumarasan.

Beliau memberi keterangan selama lebih tiga jam kepada BPR.

Anwar yang hadir di Ibu Pejabat BPR pada jam 9.30 pagi tadi memberi keterangan kali kedua selepas beliau hadir pada Rabu lepas berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu.

Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam pada itu, ditanya mengenai fail saman RM5 juta terhadapnya oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, hari ini, berkata beliau dengan senang hati beliau akan berhadapan kes tersebut di mahkamah.

Dalam sidang media yang sama, Anwar menafikan beliau "mempolitikkan" isu beliau dibogel ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagaimana didakwa Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar.

"Saya ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluan saya diukur.

"Saya diminta mengisi "borang mangsa rogol" di HKL minggu lepas semasa saya dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantu saya," ulanginya mengenai dakwaan beliau dibogel oleh HKL baru-baru ini.

Sementara itu, bercakap mengenai isu muzakarah PAS dan Umno, katanya, beliau menerimanya dengan baik.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Muzakarah : Umno pipi tersorong-sorong



Terlalu banyak sehari dua ini mengulas isu muzakarah PAS dan Umno, malahan ramai yang nampak seolah-olah ada percanggahan antara Pimpinan tertinggi PAS.

Ada juga yang membuat telahan kononya PAS akan bergabung dengan Umno.Setelah diamati tulisan dan kenyataan tadi, langsung pada saya tiada sedikitpun kenyataan dari pimpinan untuk bergabung dengan Umno, malah Presiden PAS secara jelas menyebutkan bahawa PAS Kekal bersama Pakatan

Isu ini tercetus hasil dari wawancara Presiden PAS bersama Harakah yang menyatakan PAS bersedia untuk menemuai Umno demi kepentingan Islam.

Dalam wawancara tersebut antara lain Presiden PAS menjawab soalan begini:
S ;Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?
J:Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Disudut ini kita melihat sangat ketara persamaan antara Jawapan Presiden dan kenyataan Mursyidul Am PAS.Tiada sebarang percanggahan pada masa itu.

Suasana menjadi sangat kalut apabila Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa sudah 3 kali pertemuan diadakan dengan pimpinan PAS tanpa kehadiran Mursidul Am.

Disini jelas menunjukkan bahawa Abdullah Badawi telah cuba memasang perangkap untuk memecahbelahkan PAS.Kenyataan beliau sangat tidak jujur.Sehinggakan akhbar Berita Harian pada hari ini(21.7.2008) menyatakan antara individu yang membuat pertemuan dengan PM itu dipercayai Presiden PAS sendiri, sedangkan hakikat sebenar Presiden sendiri tidak terlibat dalam pertemuan tersebut.Pada hari yang sama juga Presiden telah membuat kenyataan Media megesahkan pertemuan tersebut dan menjelaskan individu yang terlibat.

Hari ini juga TV3 melalui Buletin utamanya telah menyiarkan Kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang menegaskan agar isu muzakarah tersebut dihentikan.

Umum mungkin melihat ada percanggah antara Kedua-dua pimpinan PAS ini,namum apabila diamati semula kenyataan tersebut melalui harakahdaily jelas menunjukkan ianya tiada percanggahan, Tuan Guru Mursyidul Am meminta supaya hal ini dibawa berbincang melalui muktamar PAS dan Tuan Guru Presiden Juga melalui akhbar Siasah ( Sabtu 19.7.2008) menjelaskan perkara tersebut mestilah dibincang melalui muktamar.

Ini bermakna amat mustahil Muzakarah ini akan berlaku dalam masa terdekat.
Disudut politiknya bagi saya, sekarang PAS berada didalam keadaan yang sangat mahal, pertemuan sebelum ini dan muzakarah yang ditimbulkan oleh PM itu akhirnya terasuk kemuka beliau sendiri, dengan niat untuk memecahkan PAS beliau membuat kenyataan itu, malah kini ayuh kita lihat Umno itu sendiri seolah-olah pipi tersorong-sorong.

Isu Muzakarah tidaklah sebesar mana, namum begitu Abdullah Badawi telah cuba menggunakannya untuk mengalih isu-isu yang lebih besar, termasuk pemiliahan Umno yang akan berlangsung nanti.Bagi PAS sememangnya semenjak dulu lagi sentiasa mengajak Umno bermuzakarah, namum sebelum ini tidak pernah disahut oleh Umno.Malahan sejarah debat Isu kafir-mengkafir 1984 telah dibatalkan oleh umno melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.

Bagi pengikut PAS marilah kita bertenang, usah terperangkap dalam isu ini, seperti kata Tuan Guru Mursyidul Am PAS" Kalau kita berpecah, umno akan gembira"

Marilah kita bermunajat dan berserah kepada Allah.
Ingatlah Muzakarah(berbincang, berdebat) tidak semestinya PAS menyertai atau bergabung dengan Umno.
Matlamat kita hanya satu menjaga Islam.

Yakinlah dengan kedua-dua pimpinan utama kita, Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .