Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar)."Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda," katanya.
Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.
"Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka.
Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus.
Sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu "tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya" oleh kebanyakan golongan muda.
Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.
Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.
Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.
“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” akhbar itu memetik beliau berkata.
Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.
Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.
“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.
“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya kepada akhbar itu.
Skim Rumah Pertamaku Di Kawasan Pusat Bandar Membebankan?
Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Mac lalu bagi membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus, dikatakan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kebanyakan golongan itu.
Menurut pendapat seorang remaja yang berminat pada skim tersebut, Nur Syafinas Zamri, 26, bertugas sebagi Eksekutif Teknologi Maklumat (IT), beliau teruja mengetahui kewujudan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat pada pembentangan Bajet 2011, tahun lalu.
* Bagaimanapun, Nur Syafinas yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.
* Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.
* “Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur semalam.
* Manakala, Kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.
* “Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika ada pun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.
* “Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya.
Seorang lagi kakitangan swasta, Noor Amalina Ahmad, 23, berkata konsep pembiayaan pinjaman 100 peratus, yang turut digunakan dalam pembiayaan pinjaman kenderaan, akan menyebabkan golongan muda menanggung bayaran ansuran lebih tinggi setiap bulan.
“Untuk memanfaatkan skim ini, mungkin golongan muda boleh mengambil sedikit masa dengan membuat simpanan terlebih dulu bagi memastikan kedudukan kewangan stabil ketika dinilai institusi perbankan apabila permohonan pembiayaan perumahan dilakukan,” katanya. -BH
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.
Seharusnya ada dua cabang pendekatan dalam menangani penghapusan subsidi yang dianggap sebagai candu oleh Perdana Menteri. Gelaran yang diberikan dilihat seperti tidak sensitif dan tidak adil kepada golongan miskin yang memerlukan beberapa keperluan subsidi untuk mengatasi kenaikan harga barang.



"Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.
Sementara itu, menurut Haji Asri Buang, 57 yang juga merupakan Timbalan Ketua PKR Selayang menyokong penuh apa yang diluahkan oleh Zaidi.
Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.
Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.
Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya 










Parti Islam Semalaysia (PAS) mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yasin merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu.
KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) “tidak bimbang” untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun BN khususnya parti terasnya Umno dilaporkan bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya olok-olok Julai ini, atas alasan perikatan tiga komponen itu telah pun membuat persediaan rapi.

