Ikuti Blog ini

Kalau benar BN kuat; segerakan pilihan raya !

KUALA TERENGGANU – PAS cabar kerajaan supaya menyegerakan pilihan raya sekiranya benar Barisan Nasional (BN) mampu merampas empat negeri pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik bahawa kerajaan BN diyakini mampu mengekalkan kemenangan besar termasuk merampas kembali empat negeri yang dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Kalau BN boleh mengambil negeri pembangkang, kita cabar pilihan raya disegerakan untuk membuktikan perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik bahawa kerajaan BN diyakini mampu mengekalkan kemenangan besar termasuk merampas kembali empat negeri yang dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan proses transformasi dan reformasi telah membuahkan hasil dan ia diterima dengan baik oleh rakyat.

Nik Zawawi berkata, perkembangan politik perlu dilihat kepada realiti semasa yang berlaku ketika ini termasuk keputusan pilihan raya kecil dan pilihan raya Sarawak yang lalu.

Beliau turut memetik semula kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed baru-baru ini yang menasihatkan supaya pilihan raya tidak berlaku pada tahun ini.

Menurutnya, kenyataan Tun Mahathir itu menunjukkan kebimbangan beliau bahawa potensi Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negara pada pilihan raya akan datang memang besar.

“Kita kena tengok pada orang paling lama. Tun adalah orang yang lama dalam politik berbanding Shafie,” katanya.

Di pihaknya, Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yakin perubahan demi perubahan yang berlaku di beberapa kawasan sebelum ini akan memberi keuntungan kepada pembangkang.

Berdasarkan kajian di peringkat Pas Pusat, pihaknya turut mengenal pasti negeri tertentu di bawah pentadbiran BN dijangka mampu dirampas pembangkang, namun enggan mendedahkan nama negeri tersebut.

“Bukan itu sahaja, kita juga yakin kerusi yang masih dipegang BN di negeri yang ditadbir pembangkang juga mampu dirampas kesemuanya.

“Kita yakin, kita mampu mengubah kerajaan yang ada pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan keyakinan dengan izin Allah, Pakatan Rakyat dapat merampas Malaysia,” katanya-SH

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .