Semasa
mentadbir Selangor, BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim
khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti,
tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak
ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim
pembiayaan perniagaan Mimbar, tidak ada kebajikan kepada rakyat. Pendek
kata tak de apa-apalah...rakyat dapat habuk jer....
Tetapi mengapa rizab
Selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta
sedangkan apabila Pakatan Rakyat berikan berbagai kebajikan kepada
rakyat Selangor termasuk air percuma, tiba-tiba rizab kewangan meningkat
mencecah melebihi RM2 bilion...
P/S : Nilah beza mereka yg bijak mentadbir dgn mereka yg kaki rasuah dan suka berniaga dgn rakyat....tak nampak lagi ker....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieHIdcVg9p7pyKZVeKIlzmn9gMkC3u3JDjSLQ15DqYzynQ1ehDfOJbDTAEm-cP7VKCc-lQdndalASU-QviEuUw8TblbUveEZog7wyIBGwYDcrBkI132BcUYeCGSg19qOlFEiEGHKadI2k/s400/DSC00067.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyImFurnUNIincmLC3qTgziC517MapziXNlQWlseDbUiZaN4BFqbzhgkxrG96n7WVFNGAauTaebd7zzpd_P_OOzn1qS5N9sW5gM78AqLzdeYUpGts8ck6ayEY1kQflPjyPX4gavUis0o4/s400/tahfiz-MITS-sumbangan-1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6n7PIU2xDxFHqzt0TAYu30SDgM-ITO4UId4MpC-qq6C-s2Tl0UUVSRUAmCVyWJQjp6ZJyhplpziRu0DUKWXI8q9Kpn7yFeGOiF_5iD4pi_VT0AWmygGGQpKuSW1ymQGDS7aErJQ8GryQ/s400/Hadiah-Anak-Masuk-Universiti.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYEjcJ9-8IxB0JjTauWbGYMYySK9zncOhudzZBMYWAHlnorr0FCu5mluvuuUNdCBL6UqHFmzKWBt_067nnL04MJk8figA2D5F8MbZQKdk2R8VknrU0WLCY7g9T2zn8M9PGWmPQFezzLek/s400/yaakop.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHDjzHRrWJb0uByXUQL18HGEBmcFFu4lofaOC2Gj7lSQ9E_-bL6_XhUwzGIHwRsWbAfukRmM75wy0CbgfQ5OD8TZc2taEJ_xIgfkVF-apbXbG04I3LMB7XXNg9V-hzoaLX6GMhrjHCT90/s400/MB-Peruntukkan-Sekolah-Tamil.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRvYuxHGU0_yTtAeWm4p3yx-s0MWQ3ITUX76Ht1vM20W7xte4niYWEsFppU5eKFSJyoZrufhjZ1MXEkMcUGiXD4u78i0Q3Gdcu43nEUZaQqKHNgrD1-echSziEFuFwaZCD2CCIK1c0bek/s400/MB-geran.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtX23z62ywfLqj47_YOmQtxM_hCNMdr99_-Y4YHRp8I9AKfNKP7f83rlY2_psuTg5MJFIlfjymYVUZiIMHXlhRLfGIuUgAf6VOpFi8lC0iFJN-cdO85pTq-ZjjtQ9_VPiP28IsQYBqEaA/s400/Serah-Kunci-Flat-Kg-Berembang-good.jpg)
Laporan Audit puas hati prestasi kewangan Selangor
KUALA
LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan semalam
secara umumnya berpuas hati dengan prestasi kewangan yang ditunjukkan
kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
“Secara keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan,” laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu dipetik.
Menurutnya, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri meningkat sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada 2010.
Bagaimanapun hasil kerajaan negeri berjumlah RM1,571.50 juta menurun RM192.36 juta berbanding 2009 sebanyak RM1,763.86 juta.
Perbelanjaan mengurus pula menurun sejumlah RM382.56 juta menjadi RM1,447.26 juta, sekaligus menunjukkan perbelanjaan berhemat yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Dalam laporan itu juga dinyatakan kerajaan negeri berjaya mengurangkan tunggakan hasil berjumlah RM99.87 juta kepada RM502.05 juta berbanding tahun sebelumnya.
“Usaha
memperkukuhkan ekonomi, menambah hasil dan belanja berhemat tanpa
menjejaskan kualiti perkhidmatan, sistem penyampaian awam dan sumbangan
kepada rakyat dapat membantu mempertingkatkan lagi kedudukan kewangan
kerajaan negeri,” laporan itu dipetik.
Namun, pulangan atas
pelaburan jangka panjang yang dilakukan tidak memuaskan di mana secara
purata, kerajaan Selangor hanya mendapat pulangan dividen sejumlah
RM5.89 juta (1.6%).
Manakala pencapaian pengurusan kewangan jabatan dan agensi negeri pula, secara umumnya dicatatkan berada pada tahap sangat baik, jelas laporan itu.
Analisis Audit menunjukkan pada tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan menurun sejumlah RM58.91 juta (5.5%) menjadi RM1,004.64 juta berbanding RM1,063.55 juta pada tahun 2009.
Penurunan
ini disebabkan Kerajaan Negeri telah membayar balik hutang sejumlah
RM58.91 juta bagi menjelaskan pinjaman bagi Rumah Awam Kos Rendah dan
Projek Ladang Hutan masing-masing sejumlah RM52.42 juta dan RM6.49 juta.
Dalam
rumusannya, Kerajaan Negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan
berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di
samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman
boleh dituntut.
“Kerajaan Negeri juga hendaklah mengambil
tindakan terhadap syarikat subsidiari Kerajaan Negeri bagi mendapatkan
pulangan dividen terhadap pelaburan yang dibuat,” jelasnya.