
KUALA  LUMPUR  3 APRIL : Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah  menggesa  Putrajaya  menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan  kerajaan negeri pembangkang dan merujuk kepada isu royalti minyak  Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri  dinafikan .
"Saya rasa  tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada  dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, "kata   Tengku Razaleigh kepada TVSelangor.
"Tak ada (wang ehsan) dalam  Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan  nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," tambah beliau.
Tokoh  veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan  kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana  ia hanya menyusahkan rakyat.
"Tak kira siapa kerajaan pun, Samada  di Kelantan, Kedah, Pahang,  Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi  kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik,  tak  patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat,  bukan kerajaan yang  berkuasa," tegas beliau. "Tak ada keadilan dari segi itu," tambahnya.
Tengku Razaleigh berkata konsep Federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.
"Kalau  kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu  tak patut. Ia bertentangan dengan semangat Persekutuan itu sendiri.  Jadi tak ada makna adanya (konsep) Persekutuan kalau semangat kerjasama  dan tolong menolong tidak diteruskan,"kata beliau.
Selangor,  Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah dibawah pentadbiran kerajaan  negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut  dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.
Pengagihan  peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan juga didakwa tidak setimpal  berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.
Kerjasama  antara Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga suram kerana  arahan-arahan tertentu daripada Menteri berkenaan  dikatakan didorong  atas pertimbangan politik.
Contohnya Menteri Pertanian dan  Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dilaporkan pernah melarang kakitangan  dan pegawai agensi Kementerian Pertanian menghadiri mesyuarat  pembangunan yang dianjurkan di empat negeri pembangkang.
Manakala  Radio Televisyen Malaysia cawangan Selangor diarah berpindah keluar  daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor oleh Putrajaya,  sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Tengku  Razaleigh  berkata tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan menganak-tirikan  Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja.
"Saya  dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar  di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi  dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya  jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut. Seharusnya  wajib diberi kerjasama kepada siapapun yang memerintah sebaik mungkin  untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," kata beliau.
Mengimbau  isu royalti minyak Kelantan, Tengku Razaleigh berkata Kelatan tidak  harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana  negeri pantai timur itu dibawah penguasaan Pas.
"Kalau negeri  nak terima 5 percent, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan  negeri.  Sabah dan Sarawak terus dapat (royalty).  Kalau ikut (prosedur  itu),  Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya Kerajaan boleh arahkan  Petronas jangan bayar Sarawak," kata beliau.
Perdana Menteri  Najib Tun Razak sebelum ini mendakwa Kelantan tidak layak menerima  royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun akan  diberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.
Tawaran itu ditolak  oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong  hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2  bilion.
Kerajaan Kelantan  mengambil keputusan untuk  mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak  yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan.
Tengku  Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas juga membayangkan  kepimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak melaksanakan Akta  Kemajuan Petroleum secara betul sehingga mengakibatkan pelbagai kemelut.
"Sebenarnya  Perdana Menteri dalah Menteri bertanggungjawab mengenai minyak di  negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum. Tapi pelaksanaan akta ini  tidak  betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati Perdana  Menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan  rizab," kata Tengku Razaleigh.
"Sepatutnya Majlis Petroleum  Kebangsaan dianggotai pegawai kanan Kerajaan persekutuan dan negeri  pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati Perdana Menteri, namun  majlis ini tak wujud sekarang," kata beliau.

KOTA SAMARAHAN, 3 April:  Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang  mengingatkan rakyat Sarawak  agar menjaga perinsip dan maruah diri dan  tidak terlalu mudah 'dibeli'  dengan sedikit habuan menjelang pilihan  raya negeri ini.
TIDAK  sukar untuk membaca maksud yang tersirat seperti yang dikeluarkan  oleh  kerajaan berhubung kenaikan minyak petrol.  Petikan 
Jika  rakyat bijak dan cerdik,  tiada sebab mereka mahu menolak tawaran dari  PR jika memerintah  Putrajaya hari ini, esok harga minyak turun.  Memang  pemimpin Umno akan  mendakwa itu adalah janji-janji manis PR sahaja  kerana pemimpin Umno ini  amat takut mereka kehilangan kuasa.  Jika  mereka ada hujah atau fakta  bahawa PR berbohong tentang janji tersebut  atau janji-janji yang  terdapat di dalam Buku Jingga, mengapa mereka  takut untuk berdebat  secara ilmiah?


“Sarawak  ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak  'buaya',” kata Lim pada satu rali di ibu pejabat DAP di Kuching, malam  semalam.
Ketiaka  itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam  tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda  bahawa beliau akan berbuat demikian.







