
Katanya, ini kerana sistem pilihan raya di bawah pemerintahan diktator bekas Presiden Mesir itu tidak ada bezanya dengan apa yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia.
Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada SPR untuk dilaksanakan bagi menegakkan keadilan dan ketelusan dalam pengurusan pilihan raya namun ia tidak dipedulikan.
"Umumnya media di Malaysia menganggap pilihanraya ini suatu yang sah, bebas dan telus,"katanya.
"Dalam mesyuarat bulan lalu juga Pakatan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menuntut pilihanraya bebas dan adil dengan memastikan senarai pengundi yang sah, cara pengundian, pengiraan undi yang telus, pengawasan yang teliti, dan tempoh kempen yang cukup (bukan seminggu atau 10 hari),".
"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mewakili Pakatan Rakyat menyatakan sekurang-kurangnya 3 minggu waktu untuk berkempen dan itu tidak dipenuhi,"
"Dan apa yang lebih parah lagi adalah kerajaan asyik mencanang pilihanraya demokrasi namun sehingga kini media masih dibelenggu kebebasan menyampaikan maklumat,".
"Itu jelas menunjukkan proses demokrasi tidak berlaku di negara ini, sama sepertimana pilihanraya ala Mubarak Mesir dimana pilihanraya di Sarawak cenderung ke arah itu yang bakal mengusir keluar perompak-perompak hasil kekayaan negeri itu, dan kita harap semangat itu kekal sehingga pilihanraya bebas sepenuhnya,"katanya.
Tegas Anwar, walaupun SPR tidak mendokong atau menutup sebelah mata terhadap semua laporan gejala rasuah semasa pilihanraya namun beliau yakin ia tidak akan mematahkan semangat rakyat untuk terus membuat perubahan.
"Kita jangan gusar, ini adalah proses yang sama berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat sebelum ini kerana itu kita harus yakin kita mampu menang di Sarawak. InsyaAllah rakyat mampu menumbangkan BN,"tegas Anwar.
Sebagai contoh Anwar mendedahkan sikap SPR yang tunduk kepada tekanan Umno-Barisan Nasional apabila gagal mengambil sebarang tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang secara terangan membuat kenyataan berunsur rasuah pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu Mei tahun lalu.

KUCHING, 5 April:  PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga  wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya  negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid akan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.



KUCHING, 5 April: Petugas PAS diingatkan agar jangan membazirkan masa untuk menjawab dan terperangkap dengan isu remeh yang dirancang oleh lawan sempena pilihan raya negeri Sarawak.




KUALA LUMPUR, 5 April:  “Video tersebut bukti paling kukuh sesiapa yang benar-benar mengenali  Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini fitnah zalim dan palsu,”  kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
















