 KOTA BHARU, 14 Julai:
KOTA BHARU, 14 Julai: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nikdul  AbAziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada anak jati Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali 
(gambar kiri) yang telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 tahun 1433H. 
Menulis
 di laman Facebook beliau, Nik Aziz berharap kejayaan Ustaz Muhamad 
Anuar akan menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan khususnya dan 
rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu tarannum 
al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam kehidupan. 
“Semoga
 kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan 
khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu 
tarannum al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam 
kehidupan.. tahniah!” tulis beliau. 
Muhammad Anuar Ghazali, 36, 
mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara kategori qari di 
Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 yang berlangsung di Pusat 
Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir malam tadi.
Muhammad 
Anuar memperdengarkan bacaan Surah al-Hud, memperoleh markah 95.33 
peratus. mengalahkan qari Iran Amin Pouya dengan 91.67 peratus dan qari 
Indonesia menerusi Raden Harmoko Baharudin (90.16 peratus). 
Bagi
 kategori qariah (wanita) dimenangi peserta Maghribi Hasnae Khoulali, 
19, yang memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus 
sama seperti markah yang diperoleh naib johan dan pemenang ketiga. 
Hasnae
 menewaskan qariah Indonesia, Rahmawati Bakri Hunawa dan qariah 
Malaysia, Che Aminah Che Awang menerusi cara bacaan, tajwid, kefasihan 
serta suara dalam menentukan perkiraan markah mereka. 
Penyampaian
 hadiah kepada qari disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul 
Halim Mu’adzam Shah sementara Raja Permaisuri Agong pula kepada qariah
Juara mendapat hadiah wang tunai RM40,000 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan. 
-Hrkh