Ikuti Blog ini

Bung Terkelu Lidah Bila Berdepan Ahli Parlimen Wanita PR

bungKUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin semasa sesi perbahasan Bajet 2011 semalam berkata beliau akan mengikut jejak langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau menganggap beliau lebih arif berhubung isu yang berkaitan Islam.

Dalam ucapannya beliau mengulangi mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan wang hasil daripada kutipan judi untuk memberikan bantuan kepada warga emas sebanyak RM100 setahun.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang bangun meminta laluan menyanggah kenyataan Bung Mokhtar kerana mempertikaikan bantuan tersebut.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah berkali-kali menafikan dakwaan tersebut.

"Adakah Yang Berhormat Kinabatangan tahu bahawa elaun yang ahli parlimen dapat setiap bulan adalah daripada hasil cukai yang disatukan.

"Saya cabar Ahli Parlimen Kinabatangan memulangkan semula elaun yang diterima setiap bulan itu.

"Cukai itu merupakan hasil kutipan daripada syarikat judi seperti Toto, Magnum dan Genting, adakah Yang Berhormat akan memulangkan elaun tersebut atau jangan terima langsung kerana ianya daripada hasil judi," soal Chong Eng.

Mokhtar yang agak tergamam mendengar hujah ahli parlimen wanita itu secara spontan berkata beliau akan mengikut jejak langkah presiden PAS berhubung isu elaun tersebut.

"Kalau presiden PAS terima, saya terimalah. Saya akan ikut Presiden PAS daripada belakang," ujar Bung Mokhtar selepas gagal menjawab isu elaun yang ditimbulkan itu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .