Ikuti Blog ini

Malaysia Menuju Kehancuran


Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah negara tetapi malangnya satu persatu masalah melanda negara yang kita cintai ini. Kedudukan ekonomi negara yang rapuh, nilai matawang rendah, tahap dan mutu pendidikan jatuh, gejala rasuah berleluasa, masalah keruntuhan akhlak kian meruncing, jenayah tidak terkawal, golongan miskin bertambah dan tidak terbela, gejala murtad sudah mencecah angka ratusan ribu dan pelbagai macam bala' bencana yang berlaku.

Mengapa semua ini berlaku dalam sebuah negara yang didakwa oleh pemimpin UMNO sebagai sebuah negara Islam. Sebenarnya Malaysia bukan sebuah negara Islam tetapi negara umat Islam.

Segala persoalan bagi permasalahan yang sedang melanda negara ini pastinya terjawab jika kita semua umat Islam kembali kepada Allah dan RasulNya. Tapi malangnya apabila sebahagian besar umat Islam di Malaysia yang telah terdidik dengan SISTEM SEKULAR masih tidak sedar malah merasakan sistem toghut inilah yang menjamin dan memberi kesenangan dalam hidup mereka. Sepatutnya kita telah menyedari seawal lagi bahawa segenap aspek kehidupan kita berkiblatkan sistem toghut ini. Dari sudut pendidikan, ekonomi, kewangan dan aspek kehidupan rakyat, semuanya berkiblatkan sekularisma.

Rakyat telah dididik dengan satu sistem pendidikan yang tidak seimbang. Pendidikan agama hanya menjadi sampingan saja. Malahan ibu bapa sendiri lebih marah jika anak mereka tidak ke sekolah rendah atau menengah daripada ke sekolah agama. Adalah menjadi satu kebanggaan bagi ibu bapa jika anak mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang ilmu dunia daripada melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Maka, lahirlah masyarakat yang hidup bertuhankan hawa nafsu dan hartabenda sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Kita bimbang dengan segala tindak-tanduk pemimpin negara yang ada hari ini serta cara hidup rakyat yang semakin jauh daripada pegangan Islam akan mengundang kemurkaan Allah serta turunnya bala' bencana yang lebih dahsyat lagi. Kita jangan lupa peristiwa Tsunami yang melanda Aceh sehingga meragut ratusan ribu nyawa dan kemusnahan hartabenda. Allah SWT boleh turunkan bala' yang sama kepada Malaysia jika Dia mahu. Hari ini pun kita telah berhadapan dengan pelbagai bala' samada kita sedari atau tidak.

Tidak ada jalan lain untuk selamat melainkan kita semua umat Islam wajib kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Wajib tukar pemimpin negara yang sedang memerintah hari ini. Kita mesti pilih pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, kita wajib menginsafi diri dan bertindaklah segera membuat perubahan sebelum terlambat. Setelah ketiadaan kita nanti, kita mahu 'Aqidah Islam anak keturunan kita terpelihara di bawah Pemerintahan Islam yang diredhai Allah.

Jangan sampai anak cucu nanti kencing atas kubur kita disebabkan kesilapan kita memilih pemimpin.

Jazakallah.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .