Ikuti Blog ini

Siapa sebenarnya mengendalikan pilihan raya – SPR atau PDRM?

PDRM sepatutnya mencontohi keadaan semasa tempoh kempen pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil N.12 Penanti di mana kehadiran bilangan polis yang minima membolehkan penduduk Penanti menjalankan kegiatan harian mereka tanpa gangguan dari kesesakan lalulintas.

1,000 Polis di Manek Urai

Wanita KEADILAN memandang serius perkembangan terbaru di mana PDRM bercadang menugaskan 1,000 orang anggota polis pada hari mengundi di Manek Urai. Nisbah anggota polis kepada pengundi ialah lebihkurang seorang anggota polis bagi setiap dua-belas orang pengundi (1:12). Ini melebihi jumlah kakitangan SPR sendiri yang akan bertugas pada hari mengundi dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai.

Ini jelas bukan untuk menjaga ketenteraman awam. Sebaliknya, ini akan memberi kesan menyukarkan keadaan bagi penduduk tempatan dan mengganggu mereka dalam menjalankan kehidupan seharian sepanjang tempoh pilihan raya kecil ini.

PDRM sepatutnya mencontohi keadaan semasa tempoh kempen pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil N.12 Penanti di mana kehadiran bilangan polis yang minima membolehkan penduduk Penanti menjalankan kegiatan harian mereka tanpa gangguan dari kesesakan lalulintas.

Kita sedia maklum bahawa kebanjiran anggota polis setiap kali pilihan raya kecil semenjak Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu sudah menjadi cemuhan penduduk dan pengundi di Malaysia. PDRM sepatutnya mengambil iktibar agar kehadiran mereka dihargai dan bukan dicemuh.

Kita juga merasa ragu-ragu; apakah peranan yang akan dimainkan oleh anggota polis dari Bukit Aman? Kita dapat lihat dengan jelas pemasangan kamera pengawasan oleh pihak polis di kedua-dua belah pintu masuk pusat pengundian semasa proses pengundian di Penanti. Adakah ini salah satu daripada syarat mengendalikan pilihan raya?

Wanita KEADILAN ingin bertanya kepada SPR; siapa sebenarnya mengendalikan pilihan raya – SPR atau PDRM?

YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .