Ikuti Blog ini

P Raya Kecil Kerusi Kuala Terengganu Anwar Beri Jaminan Akan Kerja Keras


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi sokongan sepenuhnya kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat yang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan 58 hari dari sekarang.
Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim memberi jaminan itu ketika berucap menggulung perbahasan pada hari akhir kongres nasional parti itu di Stadium Melawati Shah Alam semalam.

Menurutnya, pihaknya akan mematuhi apa-apa saja keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung parti manakah yang akan meletakkan calon.

"Di sini saya tegaskan bahawa Kadilan akan memberi sokongan sepenuhnya untuk merampas kerusi berkenaan," ujarnya.

Beliau memberi reaksi itu apabila ada perwakilan yang mahu supaya kerusi Parlimen Terengganu itu diserahkan kepada PKR.

Tegas Anwar kerana kerusi itu tradisinya adalah hak Pas pihaknya menghormati apa yang akan dipersetujui kelak. "Apa yang penting ialah kita kena rampas kerusi berkenaan," tegasnya disambut tepukan bergemuruh.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .