Ikuti Blog ini

Perbicaraan ditangguh sehingga jam 2 petang.




Nizar dikerumuni penyokong dan wartawan di mahkamah sebentar tadi


Semoga keputusan yang paling adil diberikan sebagaimana ianya diberikan kepada Nizar di Mahkamah Tinggi. Difahamkan peguam yang mewakili Zambry sudah pun berhujah di hadapan tiga orang hakim. Sebelum ini Nizar melalui peguamnya pada minggu lepas telah membuat permohonan rasmi supaya kes ini didengar dan diputuskan oleh lima hakim dan ternyata permohonannya ditolak dengan alasan yang diberikan pada pagi ini permohonan peguam Nizar lewat.


Sebentar tadi panel hakim menangguhkan sidang setelah peguam yang mewakili Zambry mengakhiri hujahnya sejak pagi tadi. Selepas ini bermula pada jam 12.15 tengahari, peguam MB Nizar pula iaitu Hj. Sulaiman Abdullah akan mengemukakan penghujahannya. Setelah diteliti dari penghujahan peguam Zambry pagi tadi ternyata didapati hampir sama dengan apa yang telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi sebelum dari ini.


[Keputusan yang sukar dijangkakan dalam kes ini sebenarnya. Apakah Nizar akan menang atau Zambry akan dimenangkan. Kekalahan pertama sudah berlaku dipihak Nizar apabila lima hakim yang dipohon tetapi hanya tiga yang diterima untuk mendengar rayuan tersebut. Alasan yang diberikan kerana mahkamah lambat menerima permohonan peguam Nizar adalah tidak masuk akal sama sekali. Kerana dizaman canggih dan moden hari ini, alasan seperti itu tidak wajar diberikan bahkan mahkamah boleh menghubungi hakim-hakim berkenaan untuk mendengar kes yang cukup panas dan sensasi ini sebenarnya.


Namun mahkamah memilih hanya tiga sahaja dan itu pun sebenarnya sudah cukup berbeza dengan apa yang berlaku terhadap Zambry sebelum ini. Bilamana hanya seorang hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar kesnya itu. Inilah yang menimbulkan persoalan sekarang, apakah kes ini dapat diadili dengan bijaksana, telus dan adil untuk menyakinkan rakyat kepada badan kehakiman negara].


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .