Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara. Namun begitu, apabila menuju ke Felda Lawin Selatan, sekumpulan anggota Rela dan anak-anak muda menyekat kemasukan peserta-peserta konvoi ini ke dalam kawasan Felda tersebut.
Tercetus sedikit huru hara dan keadaan yang tegang apabila kumpulan ini berkeras untuk menghalang Konvoi Kembara Oren daripada memasuki kawasan Felda mereka.
Saya menerima kiriman gambar-gambar sewaktu kejadian Sabtu lalu melalui laman Facebook untuk dikongsikan bersama anda.
Haji Razman (berbaju dan berkopiah putih) sedang berbincang dengan anggota Rela dan peneroka Felda yang menghalang kemasukan peserta Konvoi Kembara Oren |
Pondok pengawal ini menjadi tempat mereka menahan peserta konvoi |
Sebuah tin dram diletakkan ditengah jalan untuk menghalang pergerakan kenderaan konvoi |
Mereka enggan membuka besi pondok pengawal ini sekalipun penduduk Felda sendiri yang mahu keluar dan masuk dari situ |
Haji Razman sedang berbincang sambil menenangkan semua yang hadir |
Lelaki berbaju merah dan berseluar jeans ini dikatakan mengepalai kumpulan yang menghalang kemasukan konvoi Kembara Oren |
Kebanyakan yang menghalang adalah terdiri daripada budak-budak belasan tahun |
Anggota Rela ini tetap berkeras walaupun puas dibawa berbincang |
Suasana menjadi panas apabila kata-kata kasar mula dihamburkan |
Haji Razman tetap bersabar dan mahu berbincang untuk menenangkan keadaan |
Jalan penyelesaian masih belum dicapai |
Inilah antara yang dikatakan penentang kuat kepada kemasukan konvoi ke dalam kawasan Felda |
Masih bersekolah dan mentah lagi |
Perjalanan peneroka Felda di situ sendiri menjadi terhalang |
Dapat juga beberapa kenderaan peneroka di situ yang melalui kawasan itu setelah dinasihati untuk dibuka oleh petugas-petugas Unit Amal dan Brikep |
Masih menunjukkan ketidakpuasan hati |
Ketibaan kereta peronda polis |
Haji Razman sedang berbincang dengan pihak polis mengenai situasi di situ |
Anggota Rela ini masih berkeras untuk menghalang besi penghadang ini daripada dibuka |
Kekecohan berlaku daripada 'U know Who' sehinggakan seorang pemuda mereka melepaskan tumbukan tetapi terkena rakan sendiri. Dan dikatakan rakannya itu mengalami luka dibahagian mulut |
From ajijolblogspot