| |
![]()
Selain itu beliau menegaskan perjuangan untuk mendapatkan kembali Royalti Minyak adalah PERJUANGAN RAKYAT tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum serta kegagalan menyerahkan Royalti adalah satu pencabulan kepada semangat federalisma. Beliau berkata antara tuntutan yang telah dirumuskan oleh Peserta Konvensyen Royalti adalah menuntut Kerajaan Pusat untuk mengembalikan semula royalti yang telah dinafikan sebanyak 5 % dalam kadar yang segera selain menuntut supaya kadar Royalti kepada Negeri Terengganu dinaikkan kepada 20 % sehinggalah hilang status sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia. Mengulas tentang majlis mengadap SPB Yang DiPertuan Agong, Fauzi berkata ia berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana yang amat mesra. (Gambar kiri - penyerahan memorandum MAMPAT)
Mengulas lanjut janji Perdana Menteri berkaitan penyerahan royalti beliau berkata sehingga kini MAMPAT mendapat maklumat dan difahamkan bahawa JANJI-JANJI PM untuk menyalurkan Wang Royalti pada minggu pertama September 2008 adalah suatu PEMBOHONGAN di mana Kerajaan Negeri masih lagi tidak mendapat sebarang bayaran seperti mana yang dijanjikan. |
Ikuti Blog ini
Terengganu Masih Belum Menerima Royalti – MAMPAT mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong ,Khamis, September 18, 2008 at 18.9.08,
Thursday, 18 September 2008