Ikuti Blog ini

Ugutan dan Cubaan Rasuah Punca Arumugam Letak Jawatan

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/aru_exco_mb_new.jpgAdun Bukit Selambau V Arumugam meletakkan jawatan kerana tidak tahan ugutan dan cubaan rasuah oleh Barisan Nasional (BN) yang menawarkan habuan RM5 juta (Gambar - Arumugam dan Ustaz Azizan)


Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak mendedahkan demikian dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon semalam yang turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dr Abd Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Ahmad Kassim

Beliau berkata perkara tersebut dinyatakan oleh Arumugam dalam surat peletakan jawtan Arumugam yang beliau terima jam 5 petang semalam.

Katanya Arumugam mendakwa beliau tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," katanya.

Ustaz Azizan berkata surat peletakan jawatan Arumugam telah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr Abd Isa Ismail.

Sehubungan dengan itu, Abd Isa berkata beliau akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau itu hari ini.

Mengulas perkara sama, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kasim berkata PKR akan mengadakan mesyuarat khas pra pilihan raya, termasuk pemilihan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi oleh mStar online berkata, pihaknya akan meneliti kesemua dokumen berkaitan sebelum menentukan tindakan susulan.

"Kami juga akan melihat Perlembagaan Negeri Kedah apabila menerima notis pemakluman kekosongan," kata beliau ketika ditanya sama ada akan mengadakan pilihan raya kecil.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .