"Banyak perkara mesti didedahkan media tentang kemelut di Perak ini," ujar Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin kepada Ahmad Lutfi Othman, Tarmizi Mohd Jam dan Johari Jaafar di kediaman rasmi MB baru-baru ini
Puluhan ribu mengiringi Nizar Jamaluddin pada kunjungan rasminya ke Kuil Subramanir Gunung Ceruh, Ipoh 8 Februari lalu
Lebih 300 penyokong Pakatan Rakyat terus konsisten mendengar penjelasan Nizar Jamaluddin di bawah khemah khas yang disediakan di perkarangan kediaman rasmi MB
Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Dato' Seri Nizar Jamaluddin di kediaman rasmi Menteri Besar setelah mereka diusir dari Bangunan SUK 6 Februari lalu
ORANG ramai terus menonton vcd melalui projektor berskrin besar kisah pengusiran Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan polis pada 6 Februari dari pejabatnya di Bangunan SUK.
Beratus-ratus penyokong Pakatan Rakyat berkampung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak itu sejak diberitakan tiga Adun Pakatan Rakayat melompat parti. Sementara menunggu Nizar pulang dari aktiviti luar, beberapa vcd diputarkan, bagi memberikan gambaran tentang isu yang sedang berlaku.
Kediaman rasmi itu dikawal sepenuh masa oleh anggota Unit Amal Malaysia. Anak-anak muda ini datangnya dari pelbagai negeri, seluruh Malaysia bertugas mempastikan keselamatan dan kententeraman wujud di perkarangan rumah Menteri Besar itu.
Saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta wartawan, Johari Jaafar meninjau pandangan orang ramai yang berkumpul sejak petang di bawah khemah yang disediakan. Jurugambar, Munizam Zamri terus mencuri aksi-aksi menarik sekitar lokasi.
Semuanya berasa sedih, hiba dan sebak apabila mengetahui Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan secara tidak bermoral oleh BN melalui gerak saraf Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri.
Rata-rata mahukan pilihan raya diadakan semula bagi mengembalikan hak rakyat dalam menentukan kerajaan. Mereka mahu Tuanku Sultan membubarkan Dun dan langkah itu dilihat lebih tepat dalam mengaplikasikan keadilan untuk semua rakyat.
Sehari sebelum itu, 6 Februari puluhan ribu memenuhi padang kediaman rasmi ini untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat. Esoknya, angkat sumpah Menteri Besar BN yang baru, Dato' Dr. Zamry Abdul Kader disimbah dengan "api kebangkitan rakyat" yang tidak diduga sesiapapun termasuk pihak istana.
"Saya tetap dengan pendirian bersama. Tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak," tegas Nizar ketika memberikan ceramah ringkas kepada hadirin yang menunggu di kediaman itu. Laungan takbir, memecah kesunyian malam diselang-seli dengan tepukan gemuruh rakan-rakan bukan Melayu berbangsa Cina dan India.
"Saya boleh meletakkan jawatan melalui tiga cara. Satu secara sukarela. Dua dengan diadakan sidang Dun dan diusulkan undi tidak percaya kepada MB. Dan ketiga melalui pembubaran Dun dan diadakan pilihan raya semula," tegas beliau. Inilah jalan keluar yang ada dan disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Gaya ceramah Nizar cukup menarik. Mudah difahami dan jelas maksud kata-katanya. Sebelum muncul ke khemah untuk berceramah, beliau baru saja pulang dari menziarahi kematian anak pemandu peribadinya yang lemas. Tiba kira-kira jam 10.45 malam dan terus menyapa hadirin, lalu memberikan sedikit motivasi kepada penyokong yang hiba dan begitu sedih.
Tiada yang berganjak. Bait kata-katanya diperhalusi. Ketegasannya dalam mempertahankan pendirian Pakatan Rakyat dalam isu ini, cukup menerujakan. Sekalipun, beliau digodam sebagai "penderhaka Sultan", degil dan keras sikapnya.
8 Februari sekali lagi, kediaman rasmi ini diziarahi puluan ribu penyokong Pakatan Rakyat. Kali ini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Tan Seng Giaw dan Nizar sendiri berucap. Tanda-tanda sokongan rakyat reda, tidak kelihatan melainkan ia terus marak dan sarat dengan simpati. Rakyat Perak makin berang, dan jika dibubarkan Dun, pastinya Pakatan akan menang besar membenamkan BN.