Ikuti Blog ini

Sekitar pengkebumian MP Bukit Gantang

Suasana di perkebumian Ustaz Roslan Shahrum..
ribuan manusia mengiringi jenazah..


Menunggu jenazah di Masjid Changkat Larang ... 5.45 ptg
Subhanallah...!! ramai sungguh yang beri penghormatan kepada Allahyarham..

Jenazah sampai ke masjid ... 6.15 ptg


Solat jenazah


Jenazah dibawa ke tanah perkuburan


Dato' Seri Anwar b. Ibrahim


Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Changkat Larang


Bacaan talkin oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar b. Jamaludin


Calon PR untuk PRK Parlimen Bukit Gantang?
Apakah kita tergamak kehilangan MB yang begini...??


Sebahagian yang hadir semasa talkin dibacakan

AL-FATIHAH buat Allahyarham Ustaz Roslan Shahrum


BATU GAJAH , 9 Feb :- Lebih 5000 orang menziarahi jenazah Almarhum Hj. Roslan Sharum di kediamannya di Changkat Larang di sini petang tadi. Jenazah yang sampai dari Hospital batu Gajah sekitar jam 3.00 petang telah ditunggu oleh saudara dan rakan taulan sejak lebih awal lagi.

Setibanya jenazah di rumah pada masa tersebut, bertali arus saudara dan rakan dari kaum Melayu, Cina dan India datang untuk memberi ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir.

Antara yang hadir dan dapat dikesan ialah DS.Anwar Ibrahim,Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin,Dr. Hatta Ramli, Hj. Mahfodz Omar, Ust. Ahmad Awang,Ahli Parlimen yang lain serta ADUN-ADUN. Pemimpin tertinggi Parti pakatan Rakyat Perak dan Pegawai-pegawai kerajaan juga kelihatan hadir.

Sembahyang jenazah dilakukan sebanyak 3 kali, sekali di rumahnya dan dua kali di Masjid jamik Changkat Larang.

Jenazah disemadikan di tanah kubur yang berdekatan. bacaan talkin diketuai oleh YAB Menteri Besar perak dan Tahil di ketuai olehPengarah Jaipk ,Sheikh Mohd. Nor Al Hafiz.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .