Khalayak rakyat yg ramai dari pandangan atas
Setelah mendengar ucapan YB Menteri Besar Perak semalam, saya membuat kesimpulan yang dapat dibuat adalah isu yang berlaku kini bukannya isu gila atau tamak kuasa tetapi isu membelakangkan undang-undang. Mengikut undang-undang (Perlembagaan Negeri Perak) MB tidak boleh dilucutkan oleh Sultan. Tetapi perkara itu telah dilakukan dan berlaku di Perak.
Dalam keadaan ini YB Nizar bangun untuk mempertahankan undang-undang bukannya mempertahankan kuasanya. Apa jadi jika YB Nizar mengalah dan menurut sahaja titah Sultan? YB Nizar telah turut bersama mencabuli undang-undang.
Dalam situasi sekarang, fakta dan tafsiran telah diputar belitkan sehingga orang menganggap YB Nizar adalah penderhaka. Saya rasa orang yang membuat undang-undang itulah yang menderhaka kerana tidak menetapkan Sultan boleh memecat MB. Saya berharap pemimpin UMNO yang sayang dan taat kepada Sultan mengubah undang-undang yang ada untuk memberi kuasa kepada Sultan memecat dan melantik MB dan PM.