Ikuti Blog ini

YB. Roslan Shaharum, MP Bukit Gantang meninggal dunia

PAS FOR ALL

Takziah kepada keluarga Allahyarham Roslan Shaharum yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini. Difahamkan beliau terjatuh semasa menunggang basikal.


1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)
Majoriti: 1,566

DRS. KHALIL IDHAM LIM : Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan berbasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.

Saya baru menerima talipon dari Exco Kerajaan negeri yang juga ADUN Kuala Sepetang memaklum dia berada di Hospital Batu Gajah. Beliau mengesahkan mayat Hj. Roslan Shaharum masih berada di sana.

Bila saya bertanya sebab kematian, beliau mengatakan disyaki kena serangan jantung.

Beliau juga memaklumkan Hj. Roslan pergi mencuci kenderaannya di tempat cuci kereta di pekan Batu Gajah dan meminjam basikal dari tempat cuci kereta itu. Lalu dia terjatuh dari basikal itu.


Al fatihah.... .
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .