Ikuti Blog ini

TERKINI : Arumugam letak jawatan Exco Kedah, kekal dalam PKR.


ALOR SETAR: Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan sebagai exco tetapi masih terus menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.


Ditanya para wartawan sama ada Arumugam akan mengosongkan jawatan sebagai Adun, Azizan menyatakan tidak menolak kemungkinan itu.


Difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu telah memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada satu mesyuarat di Ipoh semalam.


Arumugam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri.


Sementara itu, sumber-sumber pejabat menteri besar berkata, Azizan akan menghadap Sultan Kedah jam 5 petang ini, untuk memaklumkan peletakan jawatan Arumugam sebagai exco, berkuatkuasa semalam (8 Februari). Keputusan Arumugam hari ini ekoran spekulasi sejak kebelakangan ini bahawa beliau akan menamatkan karier politiknya.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .