Senario politik di Perak ketika dikatakan oleh musuh politik Pakatan Rakyat adalah bukti keretakan serius yang berlaku dalam parti gabungan Pakatan Rakyat dan kononnya tidak mustahil gabungan itu akan berakhir.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapa Mohamed dipetik sebagaimana berkata kepada Bernama bahawa keadaan itu juga memperlihatkan ideologi parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak sehaluan dengan pemimpin mereka saling menunding jari antara satu sama lain.
Sebenarnya apa yang berlaku di Perak adalah gambaran sebenar pertelagahan dalam BN dan UMNO yang sangat meruncing bukanya Pakatan Rakyat. malah Pakatan Rakyat semakin kuat dengan isu yang berlaku di Perak.
Saya menafikan bahawa berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat. Yang jelas yang retak malah hendak menunggu belah adalah UMNO dan BN.