DULU PRU 12 PADE DOH BERAKHIRNYA DENGAN PADAN MUKA!!!!!... KINI PRU 13 DENGAN SLOGAN BARU PULA....BO LA WEII... INS'Y ALLAH AKAN MENJADI RAKYAT BO LAYAN!!!!!
Pada Februari 2008, kira-kira sebulan sebelum PRU 12, Pemuda UMNO Malaysia berketuakan Hishamuddin Hussein, telah melancarkan kempen “PADE DOH 18” dan di ketuai jejaka paling dibenci di Malaysia ketika itu, Naib Ketua Pemuda Malaysia, merangkap menantu Perdana Menteri ke-5, Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin @ KJ.
Pemuda UMNO dengan sombong dan angkuh menyerang Kelantan seperti Tentera Kristian Eropah menyerang Tentera Islam di dalam Perang Salib.
Berduyun-duyun pemuda-pemudi pemilih berdaftar di Kelantan disumbatkan ke dalam bas-bas sewa khas untuk diangkut dan dihantar menggulingkan Kerajaan PAS Kelantan dengan publisiti mengalahkan blockbuster mega Hollywood.
Tetapi akhirnya, pemuda-pemudi yang berduyun-duyun inilah yang menolak BN di Kelantan.
Kini cara politik sombong dan angkuh yang hampir serupa di ambil alih dan digunapakai oleh Perdana Menteri ke-6 merangkap Presiden UMNO, Najib Razak dengan slogan Bo La Weii Tukar.
Slogan baru yang dikitar semula ini, dilancarkan oleh Najib Razak pada suatu program yang dinamakan Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil petang semalam.
Apakah sejarah akan berulang?
Jika diteliti pada cita rasa, kemahuan dan tekad rakyat mau melakukan perubahan secara keseluruhan pemerintahan negara, DENGAN IZIN ALLAH SWT....tidak mustahil ianya akan berulang.
Rakyat Kelantan cara berpolitik tidak sama dengan negeri-negeri lain. Mereka bijak berpolitik terutamanya dikalangan anak-anak muda.
Omakkau cukup yakin.. Cukup-cukup yakin dan percaya. SLOGAN BO LA WEII AKAN BERAKHIR DENGAN RAKYAT BO LAYAN . SEPERTI PADE DOH BERAKHIR PADAN MUKA!!!!
Cara kebetulan, slogan Pade Doh dilancar sebulan sebelum PRU 12 dan Bo La Wei juga dikatakan serupa juga kerana besar kemungkinan PRU 13 akan diadakan dalam tempoh 1 bulan dari sekarang.
"Seseorang/sesebuah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah, akan didera dengan melakukan kesilapan yang sama berkali-kali" -Omak Kau