Ikuti Blog ini

Mujahidin Taliban Mendakwa Tembak Jatuh Helikopter Yang Mengorbankan 11 Tentera Musuh


KANDAHAR - Sebuah helikopter milik tentera ISAF terhempas di selatan Afghanistan pada hari ini (16/8/2012), mengorbankan sekurang kurangnya 11 anggota tentara ISAF-Afghan, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita tempatan - Pajhwok.

ISAF mendakwa pesawat miliknya itu terhempas akibat dari kerosakan, perkara ini juga disahkan oleh jurucakap gabenor Kandahar. Menurut laporan awal, 7 orang tentera AS terkorban termasuk pegawai pemerintah tentera AS, turut dilaporkan terkorban ialah 3 orang tentera boneka Afghan berserta seorang penterjemah Afghan.

Namun dalam masa yang sama, pihak Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (Taliban) mendakwa bahawa mereka menembak jatuh helikopter musuh itu di sebuah desa di pinggiran Tirinkit, ibukota wilayah Uruzgan.

Jurucakap Taliban, Qari Yusuf Ahmadi melaporkan kepada Pajhwok bahawa Mujahidin menembak jatuh helikopter itu dengan sebuah roket di daerah Chinartu. Semua yang berada dalam pesawat itu terkorban setelah helikopter tersebut dikatakan telah terbakar sejurus selepas terhempas.

Sementara itu, pihak Mujahidin belum melaporkan maklumat lebih lanjut berkaitan operasi ini, ini adalah disebabkan laman web rasmi mereka menghadapi masalah teknikal sejak beberapa hari yang lalu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .