

Apakah ini bermakna kerajaan UMNO dan Barisan Nasional takut dengan "tamparan hebat" yang mereka hadapi sekarang. Sesuatu yang amat membanggakan apabila seluruh jentera UMNO Bahagian dibubarkan untuk bersama Pakatan Rakyat. Mungkinkah ini bakal memalukan pemimpin kerajaan, lantaran itulah berita berkenaan sengaja tidak dihighlightkan oleh mereka. Mungkin, mereka gusar rakyat akan melihat semua ini sebagai satu petanda kejatuhan UMNO dan BN itu sendiri sebenarnya.
Justeru itu kami juga amat hairan dengan tahap "profesionalisme" media terbabit dalam melaporkan isu-isu berkaitan. Apa yang jelas dapat dilihat, media arus perdana lebih seronok memperkatakan tentang Mahalingam Dipecat Sebagai Bendahari Agung MIC dan Gerakan Bantah Pendirian PAS Mengenai Hudud. Kami amat terkejut dan teruja dengan senario ini. Apapun kami faham bahawa laporan tersebut sengaja disembunyikan oleh kerajaan bagi menjaga "air muka" mereka yang kian tercalar sejak akhir-akhir ini sebenarnya.
[Terkadang, kami pun naik hairan kenapa sampai begini jadinya mendia arus perdana. Apapun, kita tunggu malam ini apakah media yang lain akan menyiarkan berita berkenaan dalam slot berita masing-masing. Rakyat sengaja mahu diperbodohkan dan dihalang daripada mendapat berita yang tepat dan terkini tentang senario politik tanahair. Mereka ingat rakyat boleh diperbodohkan sewenang-wenangnya. Walhal mereka akhirnya berjaya mendapatkan maklumat tersebut menerusi saluran media siber yang ternyata lebih telus dan berani melaporkan isu yang berkaitan. Apakah zaman kegelapan UMNO dan BN kian hampir?].