Ikuti Blog ini

Pilihanraya Kecil: Isu Kehadiran Begitu Ramai Polis Di Kuala Trengganu, Kenapa Ketua Polis Negeri Tidak Mahu Ia Dijadikan Isu Politik !!


MALAYSIA-POLITICS-VOTE

MALAYSIA-POLITICS-VOTE

KUALA TERENGGANU - Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan meminta supaya kehadiran polis sepanjang proses pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak dipolitikkan dengan mendakwa ia menakutkan pengundi di kawasan itu.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana tujuan kehadiran polis adalah untuk menjaga keselamatan selain daripada jumlah anggota polis yang terlibat dalam pilihan raya kerusi parlimen itu lebih rendah berbanding pilihan raya kecil di Ijok dan Permatang Pauh.

"Itu bukan satu isu politik kerana kita mempunyai tanggungjawab kita sendiri. Kita telah matang dan tahu apa yang dilakukan. "Tidak perlu dipersoalkan apakah pelaksanaan tugas yang dijalankan polis. Kami diharapkan untuk menjaga keselamatan dan kami tahu apa yang kami buat,"
katanya kepada pemberita selepas melawat seorang pegawai polis yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini akibat dirempuh oleh "Mat Rempit", hari ini.

Dilaporkan, 6,000 anggota polis ditugaskan sepanjang proses pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Pada pilihan raya kecil 17 Jan itu, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan ditentang calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Mohd Shukri berkata kehadiran polis secara asasnya adalah untuk menjaga keselamatan dan menjaga kelancaran perjalanan proses pilihan raya selain membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Dalam masa yang sama polis juga bertanggungjawab menjaga hal-hal lain yang berkaitan dengan keselamatan contohnya kawalan trafik supaya perjalanan lebih licin, kawalan kenamaan dan menentukan keselamatan di tempat awam," katanya.

[Walau apa jua pendapat dari Ketua Polis Trengganu, itu semua sebenarnya sudah tidak boleh dipakai lagi. Mereka mengatakan 6,000 anggota polis tetapi apa yang dilihat hampir mencecah 10,000 orang sebenarnya. Mahu disamakan dengan Permatang Pauh dan Ijok? Mana mungkin Ijok hanya kerusi DUN tetapi jumlah anggota polis lebih ramai dari Kuala Trengganu. Disini sudah jelas bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan Datuk Mohd Shukri Dahalan itu. Di Permatang Pauh dan Ijok, pihak polis dilihat tidak membina "kem-kem sementara" yang sebegitu besar. Tetapi di Kuala Trengganu, ia dibina di sana sini?. Apa maknanya semua ini.

Kami masih lagi berpegang kepada kenyataan awal supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat dapat memantau kem-kem sementera polis di Batu Buruk dan jalan ke Marang itu. Kami khuatir disitulah nanti akan menjadi
"Transit Port" untuk diletakkan "pengundi hantu" malam hingga subuh hari mengundi 17 Januari 2009 ini. Tambahan pula kawalan yang ketat serta keadaan khemah-khemah yang didirikan itu agak mencurigakan. Jangan dengar sangat cakap pihak polis ini, kerana mereka semua adalah "talibarut" dan "proksi" kerajaan UMNO BN sejak dulu, kini dan selamanya].


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .