Ikuti Blog ini

Sarawak : Taib akan undur??.. Najib berbohong lagi..


Dalam cubaannya untuk menyelamatkan Taib Mahmud (bukan Taib sebenarnya tapi sumber kewangan BN dan sumber yang membolehkan UMNO terus berkuasa), Najib berkata orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

Dalam nada yang jelas terdesak Najib juga berkata “Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,”

Percayakah anda akan kata-kata Najib itu bahawa Taib Mahmud telah berjanji untuk berundur sedangkan membubarkan DUN pun Taib tidak mengikut kemahuan Najib?


Ada sumber mengatakan bahawa pembubaran DUN Sarawak oleh Taib Mahmud ini mengejutkan Najib dan Muhyiddin sendiri kerana ianya diumumkan secara tiba-tiba oleh Taib Mahmud, ianya diumumkan setelah Najib dan Muhyiddin berada diatas kapal terbang.

Najib dan Muhyiddin dikatakan telah cuba memujuk Taib agar berundur sebelum pembubaran DUN kerana mereka merasakan Taib adalah satu beban buat BN Sarawak kerana selama 30 tahun berkuasa beliau begitu rakus mengumpul harta seolah-olah Sarawak itu miliknya tetapi gagal..

Ketika Najib berjumpa Taib sebelum dibubarkan beberapa ketika yang lalu kerana bimbang dan terdesak Taib Mahmud telah dikatakan cuba memberikan tekanan secara halus terhadap Najib dengan mencadangkan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serentak.

Antara alasan Taib yang dianggap sebagai cubaan memberi tekanan kepada Najib agar tunduk dengan kemahuannya ialah mengadakan pilihan raya berasingan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima asakan yang hebat daripada Pakatan Rakyat, sekaligus memberi kesan terhadap prestasi BN Sarawak

Taib juga mengaitkan kemerosotan prestasi BN Sarawak dalam PRN nanti akan turut mempengaruhi kedudukan BN di Parlimen dalam PRU akan datang.

Menurut sumber itu, reaksi yang diberikan Najib dalam isu ini tidak memuaskan hati Taib dalam perbincangan di antara kedua-dua pihak semasa pertemuan mereka selepas majlis resepsi perkahwinan Taib sebelum ini.

“Mereka ada berbincang selepas resepsi perkahwinan ketua menteri itu baru-baru ini tetapi PM tidak memberikan sebarang jaminan untuk menuruti cadangan Taib…… jadi Taib tak puas hati dan masih berusaha untuk melobi,” kata sumber itu lagi.

Katanya, tsunami politik yang berlaku ketika PRU-12 pada Mac tahun 2008 menular ke Sarawak dan PRN akan datang merupakan antara kebimbangan utama Taib ketika ini.

“Taib menerima maklumat risikan dari pihak tertentu, tsunami politik dalam PRU-12 lalu sedikit sebanyak akan memberi impak dan menjejaskan kedudukkan BN di Sarawak.

Jika isu berkenaan pembubaran DUN pun Taib tidak menerima pendapat atau cadangan Najib, adakah untuk berundur seperti Najib sarankan itu akan diterima Taib??

Najib juga berkata “Jika mereka (PR) bercakap mengenai umur, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah berumur. Saya mahu tanya, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, sudah berapa lama beliau sudah berada dalam politik? Empat puluh dua tahun dalam politik. Beliau bukan baru dalam ini (politik), beliau sudah lama dan beliau sekarang 72 tahun.

“Bagaimana dengan (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Beliau lagi tua, 80 tahun. (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi juga tua?

“Malah, (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah tua meskipun beliau tidak mahu mengaku,” katanya lagi.

Memang TG Nik Aziz telah tua tetapi adakah kekayaan TG Nik Aziz sama nilainya dengan kekayaan Taib Mahmud.. Berapa billionkah harta TG Nik Aziz, berapa ratus ekarkah tanah milik TG Nik Aziz di Kelantan? Bandingkan dengan Taib Mahmud, baka kata seorang sahabat bagai kolam dan lautan..

Bukan factor usia yang dipertikaikan rakyat tetapi penyalahgunaan kuasa..


Najib mula kempen enam hari, jamin Taib akan undur ‘segera’

KUCHING, 10 April — Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” katanya lagi.

Presiden Umno ini tiba di Kuching petang ini dalam usaha mengetuai kempen pilihan raya yang tinggal enam hari menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Najib dijadual untuk menghabiskan enam hari di Sarawak, sesuatu yang tidak pernah disaksikan ketika pilihan raya negeri itu.

Malah ini kali pertama sejak 1987 kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.

Beliau memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu.

Kepimpinannya genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

Petang tadi, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah Najib sendiri “mengetuai” BN Sarawak sepanjang kempen enam hari yang berbaki menunjukkan Taib telah pun gagal dalam usaha mempertahankan bumi Kenyalang.

Najib kemudian mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan mendakwa mereka juga mempunyai sejumlah pemimpin yang sudah berumur.

“Jika mereka bercakap mengenai umur, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah berumur. Saya mahu tanya, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, sudah berapa lama beliau sudah berada dalam politik? Empat puluh dua tahun dalam politik. Beliau bukan baru dalam ini (politik), beliau sudah lama dan beliau sekarang 72 tahun.

“Bagaimana dengan (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Beliau lagi tua, 80 tahun. (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi juga tua?

“Malah, (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah tua meskipun beliau tidak mahu mengaku,” katanya lagi.

Najib menambah, Anwar seorang yang banyak masalah dan orang yang sedemikian tidak boleh menerajui kerajaan atau pun negara. -TMI

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .