Sebuah helikopter yang dipercayai membawa rombongan Timbalan Perdana Menteri terbalik ketika hendak berlepas dari sebuah padang dekat Wisma Sanyan.
Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan penumpangnya di situ.
Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.
"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh dari ketinggian 10 kaki," katanya.
Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.
Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu.
Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.
Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu. -M'kini
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu. -M'kini