Ikuti Blog ini

'Video seks tak boleh jadi bahan bukti di Mahkamah Syariah'


Ulasan tentang vedio tidak boleh jadi saksi oleh Ust Zulkifli Ismail - Ketua Dewan Ulama' Pas Melaka.


Datuk ' T ' membawa maksud - Temberang, Tipu, Tolol

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berpendirian bahawa rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi mendakwa pelaku terbabit di Mahkamah Syariah.

Sehubungan itu, pandangan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Encik Zainol Rijal Abu Bakar, kelmarin tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai, khususnya umat Islam.

Dalam satu laporan akhbar tempatan, Encik Zainol dipetik sebagai berkata rakaman video itu boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di Mahkamah Syariah.

Menurutnya, ia dikategorikan sebagai bukti 'bayynah' iaitu keterangan yang boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk, antaranya dokumen, percakapan dan video.

Justeru, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

'Apa yang dikatakan oleh Presiden PPMM tidak selari dengan Islam dan tidak betul langsung,' kata Dr Juanda dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, pembuktian dalam rakaman video seks itu tidak boleh digunakan di Mahkamah Syariah, melainkan tertuduh sendiri mengaku ataupun tuduhan dibuat dengan menghadirkan empat saksi 'hidup, lelaki Islam yang bersifat adil dan mereka melihat jenayah itu berlaku'.

Kata beliau, surah Al-Nur ayat 4-5 adalah nas muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina, yang mesti cukup empat saksi.

'Adapun gambar, klip yang samar-samar tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah,' katanya lagi sambil berkata sebagaimana beratnya satu tuduhan, begitu juga soal pembuktian juga amat berat.'

Katanya, sebagaimana adanya elemen peruntukan 'keraguan' yang boleh menentukan keputusan sesuatu kes, Islam juga menekankan soal kredibiliti saksi.

'Dalam undang-undang konvensional jika ada sedikit keraguan, ia akan ditolak. Jadi, dalam Islam juga soal pembuktikan dititikberatkan,' kata beliau lagi.

Dr Juanda berkata, kenyataan yang bercanggah berkenaan soal pembuktian di bawah undang-undang syariah boleh menyebabkan rakyat yang mula memahami kepentingan perundangan Islam terkeliru.

'Saya tidak sangka buruk dengan PPMM tetapi sama ada laporan (media) tidak tepat atau disalah petik, saya tidak pasti tetapi jangan kita mengelirukan rakyat dengan memberi pandangan tidak tepat,' katanya -- Agensi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .