Ikuti Blog ini

Umno Guna MAIPP Halang Anwar Sampaikan Tazkirah


BALIK PULAU 5 Sept - Umno dipercayai menggunakan pengaruhnya dan tekanan untuk menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkiran di sebuah masjid di sini semalam.

Tindakan ini didakwa berikutan Umno-Barisan Nasional mempengaruhi Majlis Agama Islam Pulau Pinang supaya melarang khatib jemputan di masjid di negeri itu.

Kebanyakan pengerusi khariah masjid di Pulau Pinang masih terdiri daripada anggota Umno yang dilantik bagi tempuh 2 tahun oleh bekas Yang DiPertua MAIPP, Shabudin Yahya sebelum beliau diganti pada 1 Januari 2010.

Pada kejadian semalam Anwar dihalang menyampaikan tazkirah di Masjid Titi Teras, Balik Pulau oleh pentadbir masjid.

Sebelum itu Anwar menghadiri majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Masjid Pulau Betong dan kemudiannya bertolak ke masjid tersebut untuk mengerjakan solat tarawikh atas jemputan penduduk di situ.

Bagaimanapun selesai sahaja solat tarawikh pentadbir masjid segera menjemput Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke jamuan moreh tanpa diminta memberi tazkirah.

Kejadian itu turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof serta Ahli Parlimen Baling, Taib Azimuddin.

Mansor ketika dihubungi Suara Keadilan berkata beliau akan menyiasat mengenai perkara tersebut sebelum mengambil tindakan susulan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .