Ikuti Blog ini

Guan Eng memberi tempoh 14 hari kepada Utusan Malaysia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgOmxDf9c2IExcP7CHefX_ZFubIEy0uyx-BZyk7T1Is8lFO9kWUPQ8zBYl5_HGmVOgF_-GnhPmpACMm01c4vyw3MN-7Nc_YnKmmR-ebCndXvXmixOv0ypLwnm21SGz4H-mEbhS_ZJ8ztb9/s400/2580441876_3e35a25757.jpg


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi tempoh 14 hari kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf sebelum membawa akhbar itu ke mahkamah.

Peguam Lim, Jagdeep Singh Deo memberitahu pemberita di sini bahawa surat tuntutan telah dihantar kepada akhbar berkenaan agar menarik balik beberapa perkataan yang dianggap bersifat fitnah dalam artikel bertajuk “Kebiadaban Guan Eng”, yang disiarkan kelmarin.

Utusan didakwa melabelkan Lim (gambar) sebagai rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua, yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mahu akhbar harian itu menyiarkan permohonan maaf dan membayar ganti rugi kerana memfinah beliau.

Jagdeep berkata Lim, menafikan kesemua dakwaan dalam surat tuntutan yang dihantar itu.

Lim juga mahu mengambil tindakan perundangan peribadi terhadap Utusan, yang dimiliki Umno, kerana mendakwanya sebagai ejen asing dan mahu DAP dibubarkan.

Jagdeep berkata, sejak 2008 Lim telah menghantar lima surat tuntutan kepada Utusan.

Satu kes fitnah sudah pun difailkan di mahkamah, kata beliau.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .