Apa sudah jadi dengan Menteri UMNO yang bernama Ahmad Maslan (foto). Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu begitu kebudak-budakan bila mengeluarkan kenyataan kononnya resolusi Pakatan Rakyat untuk membahagikan semua tanah rancangan Felda kepada anak-anak peneroka adalah tidak lojik dan boleh membawa kesan kurang baik. Kenyataan itu dibuat berikutan isu Pakatan Rakyat mahu memansuhkan Felda Plantations dan mengisi tanah-tanah terbabit dengan peneroka dikalangan generasi kedua.
“Memang bunyinya sedap nak bercakap. Jika dikira, pembahagian tanah Felda sebanyak 330,000 hektar kepada lebih kurang 1.6 juta anak peneroka, ia bermakna setiap seorang hanya akan mendapat seekar sahaja. Apa yang nak dibuat dengan tanah seekar? Bagaimana implikasinya terhadap orang lain? “Resolusi itu tak lojik kerana segala hasil daripada tanah seluas 330,000 hektar itu dikembalikan semula kepada peneroka dalam pelbagai bentuk seperti program kemahiran, pembangunan prasasana dan sebagainya. “Adalah lebih pintar kita membinanya sebagai satu konglomerat yang besar dan hasilnya dikembalikan kepada peneroka dan generasinya daripada kita memecahkan tanah-tanah itu dan bagi kepada anak peneroka,” katanya ketika mengulas salah satu resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad lalu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Felda Bersama Media yang diadakan di Bilik Perdana Dewan Perdana Felda di Jalan Maktab, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor. “Kalau ayah sudah diberi tanah,selepas itu kita bagi anak-anak mereka, ia akan menimbulkan implikasi yang kurang baik. Falsafah yang dipegang Felda ialah, ayah dan ibu kita bagi ikan. Anak-anak dan cucu-cucu kita ajar mengail ikan. Itulah sebabnya setiap tahun kita peruntukkan RM50 juta untuk program kemahiran untuk anak-anak peneroka,” katanya lagi.
[Punyalah bangangnya kenyataan Menteri UMNO si Ahmad Maslan ini. Isunya sekarang ialah sejarah awal penubuhan Felda itu sendiri adalah untuk memberi tanah kepada peneroka dan bukannya menjadikan ia sebagai estet seperti sekarang. Tun Razak berhasrat untuk membela rakyat dengan pemberian tanah terbabit dan bukannya menjalankan bisnes atas tanah ladang yang disediakan. Namun, anaknya Najib Razak jelas sekali telah khianat dengan tidak mengambil lagi peneroka dan menjadikan tanah-tanah tersebut sebagai Felda Plantations.
Akhirnya pekerja ladang digajikan sama seperti buruh asing yang mengusahakan ladang-ladang terbabit. Inilah masalahnya, maka itu Pakatan Rakyat mahu mansuhkan Felda Plantations dan memberikan semula tanah-tanah itu kepada generasi kedua. Apa masalahnya dengan ayah mereka sudah memiliki tanah?. Tanah terbabit bukannya diberikan kepada 1.5 juta anak peneroka, tetapi kepada mereka yang layak dan memohon. Samalah ketika ayah mereka masuk peneroka dulu, berapa ramai yang tidak layak selepas ditemuduga.
Apakah mungkin anak peneroka yang mempunyai pekerjaan di bandar-bandar juga mahu diberikan tanah terbabit. Takkanlah mahu diberikan seekar seorang tanah berkenaan seperti yang digambarkan oleh Ahmad Maslan. Menjawab soalan macam budak-budak, sia-sia dia jadi menteri!]. -Pahang Daily