KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menyatakan
pendiriannya berkaitan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan pada
sesi pembentangan Bajet 2013 pada 28 Sept ini.
Sekiranya Najib tidak berbuat demikian, Gabungan Profesional Menuntut
Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) akan mengadakan
konvoi beramai-ramai ke Putrajaya.
Konvoi yang dinamakan Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya itu akan diadakan pada 2, 3 dan 4 Oktober ini sempena berlangsungnya perbicaraan kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas, di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.
Presiden R, Nazri Deraman, berkata konvoi berkenaan bertujuan mengajak rakyat Kelantan, Sabah dan Sarawak, Terengganu untuk sama-sama bangkit menuntut bayaran royalti daripada kerajaan.
"Konvoi itu akan bermula dari Kota Bharu ke Shah Alam, dan kemudiannya konvoi ke Putrajaya bagi menuntut pembayaran royalti kepada Kelantan yang tertunggak sejak 2004 yang dianggarkan RM 7 bilion," tegas beliau pada sidang media, di lobi parlimen, hari ini.
Dalam pada itu, pihak R juga akan menyerahkan memorandum dan referendum yang mengumpulkan 150 000 tanda tangan rakyat Kelantan dalam usaha menuntut royalti minyak Kelantan.
Sebelum itu, R menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat Kelantan, yang diwakili ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub; Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Machang).
Sementara itu, dalam respons terhadap tuntutan R, Dr. Hatta berkata tindakan kerajaan tidak membayar royalti kepada Kelantan itu satu perkara yang tidak boleh dipertahankan.
"Apa yang dituntut mereka adalah perkara yang 'valid' dan berhemah. Tiada sebarang pelanggaran uneang-undang berkaitan tuntutan mereka," tegas beliau. -Hrkh