
Bukan itu sahaja, sebaik sahaja usul tergempar itu tamat dibentangkan oleh Aiman, laungan Allahuakhbar bergema di Dewan Duyung, Perdana Resort disamping laungan kutuk kekejaman Israel ‘jahanam yahudi, jahanam Israel, tentera Muhammad pasti datang, selamatkan Gaza' berkumandang silih berganti.

Aiman Athirah ketika membentangkan usul berkenaan memberitahu, memandangkan muslimat menginsafi betapa ramai umat Islam Palestin dan aktivis sukarelawan kemanusiaan antarabangsa ramai yang terkorban, Israel melakukan kezaliman yang tiada hentinya, Dewan Muslimat PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis itu.
Sidang muktamar hari ini katanya, menyokong penuh perjuangan para wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan Islam.

Sambungnya, muslimat juga turut menyokong tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membuat pendedahan berhubung isu APCO di Malaysia.
Pada masa yang sama, muslimat berharap PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai usaha penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza bersama negara lain. - Hrkh