Lebih pelik lagi katanya, semua pegawai masjid dan jemaah diarahkan berpindah ke Masjid Tun Rahah Kg Kerinchi yang baru siap dibina.
"Masjid tersebut jauh dari jalan utama dan tidak ada sebarang penghuni yang mendiami sekitar Masjid Tun Rahah tersebut.
"Kami bimbang tindakan ini sengaja dibuat untuk menutup masjid Ar-Rahman untuk jangka masa yang panjang kerana kegagalan Umno untuk menguasai masjid tersebut walaupun dipengerusikan pimpinan Umno bahagian Lembah Pantai," katanya.
Masjid Ar-Rahman terkenal dengan pengajian ilmu yang pesat diadakan saban malam dan ini dikhuatiri membimbangkan parti pemerintah, kata Nasaie lagi.
"Kita memberi amaran kepada pihak berkenaan samada JAWI atau yang berkaitan supaya menghentikan tindakan untuk menutup dan mengganggu perjalanan masjid Arrahman atau bersedia untuk menerima tentangan daripada kami.
"Pemuda PAS Lembah Pantai bersama dengan ahli kariah tidak akan teragak-agak untuk mengadakan bantahan besar-besaran sekiranya notis pengosongan masjid tidak ditarik balik," katanya. -Hrkh