Ikuti Blog ini

Panas ! ni dia senjata umno tawan Selangor ?



PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan senjata kotor Umno bagi mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2000 pengundi baru warga Indonesia.

Timbalan pengerusi KEADILAN selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya mendapat maklumat itu berdasarkan surat yang ditulis Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar kepada Menteri Dalam negeri, Datuk Seri HIshamuddin tun Hussien.

“Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berdasarkan senarai nama yang disertakan dalam surat itu seramai 2000 orang telah dipilih,” kata Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Zuraida menyifatkan tindakan terbaru itu menunjukkan Umno khususnya di Selangor terlalu terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, nama-nama yang sudah dikenal pasti itu dengan jelas dinyatakan dalam surat tersebut sebagai bakal pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Idris dengan jelas menyatakan individu-individu yang dipilih seramai 2000 orang itu akan membantu kemenangan PRU ke-13 nanti.

“Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang berbahaya serta terpesong. Mereka semua adalah daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan berkerjaya.

“Idris meminta supaya Hishamuddin memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihaknya dapat menguruskan permohonan dengan lancar dan sempurna,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida turut menegaskan bahawa KEADILAN akan membuat laporan polis berkenaan jenayah dan dan salahguna kuasa yang dilakukan Umno itu secepat mungkin.

“Kita akan membuat laporan polis terhadap Hishamuddin dan Idris secepat mungkin. Supaya polis menyiasat perkara ini terutamanya di Hulu Selangor.

“Surat ini kita terima daripada sumber yang menyokong PR pada Jumaat lepas,” katanya.- keadilandaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .