
Selagimana  penggunaan Wang Kertas di amalkan, selagi itu amat sukar untuk mengelak  dari tertempias dengan debu-debu riba. perkara ini diakui sendiri oleh  Nabi Muhammad SAW. Usaha perubahan kepada matawang yang mempunyai nilai  pada zat atau ain wang perlu dilakukan; iaitu ke arah mewujudkan mata  wang terus kepada emas dan perak, atau dikenali sebagai dinar dan  dirham.
Wang  kertas menjadi bernilai, apabila ia diiktiraf oleh sesebuah kerajaan.  Tetapi, emas dan perak atas nama Dinar dan Dirham tetap bernilai tanpa  pengiktirafan kerajaan. Cuma sesuatu negara itu mungkin tidak  mengiktirafnya sebagai matawang sahaja.
Kelantan  telah melakukan perubahan ini. Ia boleh dianggap sebagai strategi  berani dalam usaha mengelakkan diri dari terlibat dengan riba, atau  debu-debu riba. Mungkin ada pihak yang menganggap ia sebagai satu  perkara yang mustahil, tetapi jika diteliti, ia adalah satu perkara yang  tidak mustahil.
Jika  dahulu, iaitu diawal kemenangan PAS di Kelantan. Kerajaan Negeri  kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengambil  sikap berani dengan mengeluarkan segala wang kerajaan Negeri dari bank  ribawi, lalu dipindahkan kepada bank Islam. Ternyata tindakan itu  menjadi tekanan kepada bank ribawi sehingga mereka memasukkan elemen  "anti-riba" dalam bank mereka, malahan berkembang di seluruh Malaysia.  Keadaan kini pula,Bank Ribawi sendiri sudah semakin memasukkan elemen  Islam dalam bank mereka, sehingga unsur ribawi semakin mengecil dalam  bank mereka.
Jika  usaha ini dilihat semakin berjaya, waima ia bermula dari tahun 1990.  Jadi, ia tidak mustahil jika tindakan memulakan usaha mewujudkan dinar  dan dirham di Negeri Kelantan dilakukan. Permulaan mungkin ia tidak  dianggap sebagai matawang, tetapi apabila penggunaannya semakin  berleluasa, tidak mustahil pihak bank terpaksa mengiktiraf penggunaan  ini.
Jika  ini berjaya, sebenarnya ia telah menjadi satu usaha yang berkesan dalam  mengugat kekuatan amerika yang menjadi bapa monopoli wang dunia,  seterusnya menindas negara umat Islam yang kita dapat lihat berlaku pada  hari ini.
Sekian


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
