
Kerajaan  Rakyat - KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal  selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata  Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.
Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu.
“Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.
“Jika  benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam  Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum  dinamakan lagi,” katanya.
Berita mengenainya disiarkan dalam Suara Keadilan, edisi ke 15 yang berada di pasaran sejak hari ini.
Cynthia  berkata, dokumen itu diperoleh selepas DNCS, syarikat yang membina dan  menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu  pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.
“Proses  bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukan melalui sebuah  syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan  bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu.
Baru-baru   ini, laman web Rue89 yang berpusat di Perancis mendedahkan, syarikat  Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar komisyen RM493 juta  sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Laporan itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
