Ikuti Blog ini

Najib Takut Dengan Ugutan Perkasa

Ku Nan nafi komponen BN ambil pendirian jauhi Perkasa

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan rakan-rakannya dari Barisan Nasional (BN) pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka.

Penafian beliau itu muncul sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan meskipun pemimpin-pemimpin Umno termasuk beliau menolak Perkasa.

“Apabila kami bertemu dengan setiausaha agung komponen BN, kami tidak pernah membincangkan langsung bahawa kami mahu menjauhkan diri daripada sesiapa,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN kepada The Malaysian Insider.

“Dasar kami ialah untuk rapat dengan sesiapa sahaja. “Kami harus pergi menemui dan malah, kami juga harus mendampingi ahli-ahli parti pembangkang dan menjelaskan kepada mereka dasar kami sebab mereka telah diberi maklumat yang salah (tentang BN),” kata Tengku Adnan.

Lebih seminggu lalu, Tengku Adnan dilaporkan bahawa rakan-rakannya dalam BN telah bersetuju bahawa menjauhkan perikatan itu daripada Perkasa adalah langkah terbaik untuk mengatasi sokongan bukan Melayu kepada BN yang didakwa semakin merosot.

Sokongan itu antara lain merosot kerana bukan Melayu melihat Umno menjalin kerjasama dengan Perkasa.

Tengku Adnan pernah menafikan Umno ada kerjasama dengan Perkasa ataupun menyokong perjuangan Perkasa.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini beliau juga memberitahu bahawa Umno tidak akan menyokong Perkasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Tengku Adnan menekankan bahawa BN tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.

Jelas Tengku Adnan, beliau hanya memberitahu bahawa tindakan Perkasa sejak kebelakangan ini memperlekehkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan mensabotaj soal keharmonian kaum di kalagan komponen perikatan itu.

“Saya tidak pernah mengatakan kita perlu menjauhkan diri daripada Perkasa. Saya hanya mengatakan bahawa Perkasa cuba untuk menjejaskan keduudkan BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan memusnahkan keharmonian kaum di kalangan komponen saya (dalam BN),” katanya.

Tengku Adnan juga berkata, beliau tidak pernah meminta ahli partinya agar memutuskan hubungan dengan Perkasa.

Sebaliknya, beliau mendakwa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang membesar-besarkan isu tersebut. Perkasa mendakwa mempunyai sokongan keahlian dalam lingkungan 300,000 dengan 80 peratus merupakan bekas atau ahli Umno semasa.

Tengku Adnan juga menekankan bahawa kenyataan beliau hari ini bertentangan dengan pandangan yang diberikan sebelum ini mengenai kedudukan Perkasa.

“Saya tidak berundur daripada apa yang pernah cakap tentang Perkasa sebelum ini,” katanya.

Tengku Adnan juga menekankan tentang apa yang dikatakan oleh Najib sambil berkata, Umno dan BN tidak harus menjauhkan diri daripada mana-mana NGO tetapi sewajarnya membimbing mereka dengan dasar-dasar BN.

“Saya setuju dengan Najib. Umno tidak harus menjauhkan diri mereka daripada semua NGO.

“Kita harus melibatkan diri kita dengan mereka sehingga mereka memahami apa yang kita sedang lakukan,” kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga berkata, Umno perlu menjelaskan konsep 1 Malaysia khususnya kepada Perkasa memandangkan mereka tidak faham dasar tersebut.

“Saya tidak percaya pada apa yang Perkasa sedang perjuangkan kerana mereka tidak faham konsep 1 Malaysia,” katanya.

Semalam di Kota Baru, Ibrahim berkata, Perkasa tidak terlibat dengan politik tetapi menyuarakan hak rakyat melalui lunas-lunas perlembagaan.

Beliau mengulangi kenyataan ini bahawa Perkasa bukan parti politik dan juga tidak mendokong mana-mana parti politik termasuk Umno tetapi berjuang atas lunas undang-undang bagi pertahankan hak rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, tafsiran pelbagai pihak terhadap perjuangan Perkasa adalah tidak tepat kalau dikaitkan dengan Umno atau BN tetapi apa yang diperjuangkan NGO itu adalah untuk membantu kaum Melayu.

“Ada masa kita tegur dia (kerajaan), ada masa kita kecam, ada juga kita buat laporan polis sekira perlu, semuanya ke arah menimbulkan keharmonian negara,” katanya.

Mengenai dakwaan anggota parti komponen BN bahawa Perkasa adalah pertubuhan yang disokong Umno, Ibrahim berkata pihaknya tidak pernah sekali pun bertemu dengan pemimpin Umno untuk apa-apa tujuan.

Beliau juga menegaskan belum bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik tetapi menumpukan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu, Raja-raja Melayu, agama Islam dan perlembagaan negara.

Ibrahim melahirkan perasaan dukacita dengan teguran beberapa individu dalam Umno yang menganggap Perkasa boleh menjejaskan matlamat konsep 1 Malaysia. -TMI
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .