Ikuti Blog ini

Tuanku Mizan Sanggup Mencemar Duli – Tidak ‘cemar’kah Wakil-wakil Rakyat UMNO??


http://buletinonline.net/images/berita14/tuankulawatbanjir3.jpg
Kuala Nerus - Banjir di Terengganu semakin buruk berlaku dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara mencecah angka 2,988 orang hari ini.


Daerah Kuala Terengganu dan Marang merupakan dua daerah yang paling teruk dilanda banjir yang disifatkan oleh sesetengahnya penduduknya terburuk sejak 10 tahun lalu.

http://buletinonline.net/images/berita14/tuankulawatbanjir4.jpgDalam daerah Kuala Terengganu, Parlimen Kuala Nerus merupakan kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan jumlah lebih seribu orang penduduknya dipindahkan dari Taman Desa Pusu Tiga, Kampung Tok Jiring, Kampung Tok Jembal dan Kampung Padang Hangus.

http://buletinonline.net/images/berita14/tuankulawatbanjir2.jpgWalaupun kesemua kampung-kampung tersebut dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, namun sebelum hari ini, kedua-kedua wakil rakyat UMNO bagi Parlimen dan DUN berkenaan tidak turun melawat kampung-kampung tersebut.

Sehinggalah hari ini, yang ‘memahat sejarah mencemarkan’ bagi wakil-wakil rakyat tersebut yang terpaksa melawat mangsa-mangsa banjir berkenaan apabila Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Nur Zahirah ‘mencemar’ duli mengadakan lawatan ke pusat pemindahan Banjir.

Baginda berdua memilih untuk melawat pusat perpindahan paling ramai iaitu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, dekat sini, hari ini.

Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri tiba di pusat pemindahan banjir tersebut sekitar jam 12.30 tengahari.

Baginda berdua telah meluangkan selama dua puluh minit bertemu dengan mangsa-mangsa banjir dan mengagihkan sumbangan hamper, tanda ihsan baginda kepada rakyat jelata.

http://buletinonline.net/images/berita14/tuankulawatbanjir1.jpgSuasana ceria menyambut ketibaan Baginda berdua yang berjiwa rakyat tidak pernah membezakan ‘warna dan sokongan politik’, sanggup mencemar duli serta bersalam-salaman dengan kanak-kanak, orang dewasa serta warga emas, bukan seperti yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat UMNO ‘yang cemar’ dengan memilih bulu apabila memberikan sebarang bentuk bantuan.

Turut serta mengiringi baginda ialah Pengerusi Penasihat Pemangku Raja Tengku Badruzzaman, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said serta Ahli Majlis Pangkuan, Dato’ Abdul Kadir Sulaiman.

Beberapa pimpinan PAS juga bersama memeriahkan dan menyambut Baginda berdua termasuk Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah serta Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu Tengku Ahmad Hussein.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .