KOTA BHARU:
Isu sebenar kegagalan Kerajaan Persekutuan dan Petronas melunaskan
pembayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan berjumlah
RM7 bilion sejak 1975 ‘dialih’ dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas
mengkaji isu pembayaran royalti petroleum.
Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Negeri Kelantan (Royalti) Nazri Deraman menyifatkan penubuhan jawatankuasa itu merupakan satu ‘helah politik’ bagi ‘meredakan’ keadaan.
“Isu yang sebenarnya Kerajan Persekutuan dan Petronas telah gagal membayar royalti kepada Kerajaan Kelantan berjumlah RM7 bilion bermula tarikh perjanjian, 1975.
“Dan kita tidak akan menunggu selama itu lagi, dan juga tidak akan menunggu selama enam bulan atau enam bulan campur 80 hari," katanya pada sidang media khas di pekarangan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini semalam.
Ini, ujarnya kerana justifikasi masa tersebut itu enam bulan campur 80 hari adalah bersamaan dengan tempoh akhir wajib pihak Kerajaan Persekutuan perlu mengadakan Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).
Badan itu menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menjelaskan bayaran royalti yang telah tertunggak sebanyak RM7 bilion itu kepada Kelantan dengan kadar segera sebelum PRU13.
“Kita menolak penubuhan jawatankuasa khas itu kerana ianya merupakan satu proses pembayaran normal kepada mana-mana kerajaan negeri terbabit yang termaktub dalam perjanjian ditandatangani pada 9 Mei 1975 khususnnya di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Petronas," ujarnya.
Rombongan diketuai Nazri itu berkumpul di pekarangan JPP untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri melalui JPP. -Hrkh