Kita berada di bulan Rejab yang nabi selalu doa, “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikanlah kami Ramadhan.” Di Muktamar Agong PAS baru ini diistiharkan Rejab sebagai bulan Palestin, ambil sempena perjalanan isra’ mikraj nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha. Pengistiharan bulan Palestin juga sebagai komitmen PAS dengan perjuangan rakyat Palestin.
Antara anugerah besar yang nabi terima semasa isra’ mikraj daripada Allah untuk kita ummat baginda adalah sembahyang. Sembahyang ini suatu urusan besar, bukan perkara main-main. Saya teringat Ustaz Hassan Salleh di UKM dulu, Ustaz Hassan ini orangnya alim, di UKM orang panggil dia mahaguru, dalam satu khutbah Jumaat di Masjid UKM dia pernah sebut, “Saya cukup yakin banyak masalah yang melanda ummat Islam masakini boleh selesai kalau manusia sembahyang. Masalahnya ramai manusia Islam sekarang ini yang tak sembahyang. Masalah fizikal dan dalaman.”
Sebab tu Allah berfirman dalam Al Quran. “Orang yang apabila kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat baik dan cegah kemungkaran…”
Di Kelantan, bulan Rejab dikenali sebagai bulan sembahyang. Macam-macam pengisian kerajaan buat dengan tujuan nak ajak orang sembahyang. Saya pernah bentang satu kertas, ‘Solat Dari Sudut Sains Perubatan’ dalam satu seminar sempena sambutan bulan sembahyang ni di Balai Islam beberapa tahun lepas.
Tuan Guru Nik Aziz dalam ucapannya ketika majlis tersebut ada menyebut, “Antara tujuan besar perutusan nabi Muhammad s.a.w ke atas muka dunia adalah untuk ajak manusia sembahyang, maka kalau begini tujuan perutusan yang begitu besar, ambo sebagai Menteri Besar perlu lebih lagi berusaha supaya rakyat ambo sembahyang walaupun kerajaan terpaksa keluar belanja berjuta-juta…”

Yang kedua, Ekoran muktamar baru ni, geger riuh surat khabar umno terutama utusan, duduk jaja, ulama’ tersingkir dari kepimpinan PAS. Wartawan Sinar Harian telefon saya, nak minta komen pemilihan Mat Sabu yang bukan dari kalangan ulama’ sebagai Timbalan Presiden PAS. Saya jawab, “Alhamdulillah, Mat sabu bukan ulama’, tapi dia bersama perjuangan Islam, lebih baik dari orang berstatus ulama’ tapi masuk umno.
Tiba-tiba Umno jadi sayang kepada ulama’, nak bela ulama’ kononnya, padahal dalam umno, ulama’ cuma setakat bertaraf biro. Biro Sukan, Biro Kebudayaan, Biro Ekonomi danBiro Agama, di situlah tempat ulama’ Umno. PAS meletakkan ulama’ di tempat tertinggi dalam parti. Majlis Syura Ulama yang mengawal seluruh dasar parti supaya tak lari dari landasan Islam. Siapa kerja buat bagi label itu dan ini? Ini professional, ini ulama’? Perjuangan Islam wajib didokong oleh semua orang yang beriman, tak kira siapa pun dia.

Sejarah panjang gerakan Islam membuktikan kenyataan ini. Sekadar mengambil beberapa contoh; As Syahid Abdul Qadir Audah yang syahid di tali gantung, seorang bekas hakim Mahkamah Mesir, Almarhum Dr Najmuddin Erbakan, Bekas Presiden Parti Refah, Bekas Perdana Menteri Turki, seorang jurutera. As Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi, pemimpin HAMAS yang mengantikan Syeikh Ahmad Yassin, seorang doktor perubatan. As Syahid Imam Hassan Al Banna, seorang ulama’. Syeikh Jamaluddin Al Afghani, Mujaddid Islam, seorang ulama’. Syeikh Abdul Qadir Al Jazaairi yang memimpin rakyat Algeria menentang penjajahan Francis, seorang ulama’. Syeikh Umar Mukhtar yang memimpin kebangkitan rakyat Libya menentang penjajahan Itali, seorang ulama’. -BO