Ikuti Blog ini

Pembebasan Exco Perak Bukti Awal Wujudnya Konspirasi

Friday, 22 August 2008

http://buletinonline.net/images/berita9/usailibebas.jpgKuala Terengganu - Pembebasan Exco Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak dan empat yang lain yang ditahan reman oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) bukti awal konsprirasi terhadap penahanan mereka memang berasas.

Agensi Bernama melaporkan, Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO yang juga ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Mohd Jailu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada pukul 5.20 petang semalam, sehari lebih awal daripada tempoh reman tiga hari yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh kelmarin.

Turut dibebaskan adalah Kapten (B) Usaili Alias anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah ditahan BPR kerana dikatakan terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta Seri Iskandar yang tidak pernah diluluskan oleh kerajaan negeri Perak.

Keputusan pembebasan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim selepas mendengar permohonan dari lapan peguam yang mewakili kesemua yang ditahan, untuk penyemakan semula perintah tahanan reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret.

Ridwan dalam keputusannya berkata mahkamah berpendapat tempoh dua hari sudah mencukupi bagi BPR menjalankan siasatan.

Beliau juga berkata tidak ada kesilapan dalam keputusan Majistret Noor Aini Yusof mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari itu dan ia dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

"Majistret dibekalkan dengan laporan yang berkaitan dan setiap laporan mempunyai maklumat mengenai pembabitan setiap suspek.

Tetapi, tugas penyiasatan oleh BPR mestilah diseimbang dengan hak kebebasan individu...dengan melihat kepada dasar-dasar berkenaan, tidak wajar tahanan reman selama tiga hari. Apa-apa tindakan mesti dibereskan sebelum tiga hari," katanya.

Keputusan berkenaan disambut gembira oleh kira-kira 100 penyokong Pakatan Rakyat dari DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenuhi mahkamah.

Perintah tersebut bagaimanapun tidak melibatkan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan yang juga ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi yang turut ditahan BPR kelmarin, namun dikenakan tahanan reman dua hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh pagi semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik mengesahkan memang terdapat konspirasi dan perancangan pihak tertentu memerangkap Exco kerajaan Perak.

“Saya menghubungi Menteri Besar Perak, YAB Mohd Nizar Jamaluddin dan beliau mengesahkan adanya perancangan pihak tertentu bertujuan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzwan,” kata beliau ketika berucap dalam suatu ceramah yang diadakan di Pekan Batu Enam semalam.

Menurutnya, Nizar memberitahu beliau, ketika exco kerajaan Perak yang ditahan tersebut sedang minum di sebuah gerai, dua orang yang tidak dikenali menghampirinya, bertegur sapa dan kemudian meninggalkan sebuah beg.

Ustaz Abu Bakar berkata, tidak berapa lama selepas itu, beberapa pegawai BPR dating dan menahan exco terbabit dan apabila diperiksa, dalam beg yang telah ditinggalkan oleh orang yang tidak dikenali tadi terdapat wang tunai yang banyak jumlahnya.

Beliau juga menambah, penahanan Exco kerajaan Perak dari anggota PKR itu juga adalah perancangan jahat untuk mengalahkan penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi calon PKR dan sedang berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .