S. Sivakumar menunjukkan isyarat ” bagus” sewaktu memulakan perjalanan rumah ke rumah untuk kempen pilihanraya kecil P059 Parlimen Bukit Gantang bagi membantu calon PAS, DS Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang
Sivakumar bermotor untuk dekatkan rakyat - Masyarakat India berikan sokongan yang padu
Simpang Halt-5 April, Hero Perak dalam Sidang Dun, S. Sivakumar, bermotor beramai-ramai dengan bebarapa orang penduduk India dalam sesi kempen dari rumah ke rumah. S. Sivakumar yang berbaju hitam merupakan Speaker DUN Perak telah turut sama berkempen bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari seluruh pelusuk Malaysia yang telah lama berkampung di Parlimen Bukit Gantang bagi membantu jentera pilihanraya PAS-Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
PAS yang diwakili oleh pemimpin berjiwa rakyat Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah menggunakan pendekatan dari rumah ke rumah untuk mendekatkan lagi dengan penduduk dan memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat yang sudah berpuluh tahun dipinggirkan oleh UMNO.
Bermotor bersama rakyat.
Beberapa orang penduduk bersiap sedia dengan motor masing-masing untuk kempen rumah ke rumah bersama-sama dengan S. Sivakumar di Simpang halt semalam.
Selain ceramah dan risalah-risalah, pendekatan rumah ke rumah ini adalah salah satu kaedah yang paling baik dan mesra kerana mampu bertemu muka. Kempen yang masih lagi berbaki beberapa hari lagi akan digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan dan memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang mana selama ini masyarakat India telah dipesongkan oleh UMNO -BN melalui berita-berita dan maklumat yang tidak tepat yang disalurkan melalui Media massa milik kerajaan BN.