Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hanya majlis tertinggi parti yang boleh mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Barisan Nasional Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.(gambar Ku Li turut mengamin doa yang dipohon oleh TGNA )
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ceramah yang disampaikan oleh Ku Li pada Khamis lalu di Kota Bharu mengenai tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan yang bercangggah dengan pendirian Kerajaan Pusat.
"Perkara ini bukan di bawah bidang kuasa Umno Kelantan," katanya dan menambah "hanya Majlis Tertinggi boleh membuat keputusan terhadap tindakan yang hendak diambil terhadap Tengku Razaleigh."
Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ditanya sama ada Umno Kelantan akan bertindak terhadap Ku Li kerana berkata Kelantan harus diberi royalti minyak dan bukan wang ihsan.
Berikutan kenyataan itu, Perdana Menteri dan juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak berkata pimpinan parti akan meneliti ucapan Ku Li ketika perhimpunan raksasa menuntut royalti minyak di Stadium Sultan mohammed ke IV di Kota Bharu.
Pada mesyuarat dengan Umno Bahagian Pasir Puteh kelmarin, Mustapa berkata Jawatankuasa Perhubungan Umno akan bertemu Najib untuk memberi cadangan tentang projek-projek yang akan dibiayai dengan wang ihsan.
Mustapa, sebelum ini berkata Kerajaan Pusat akan menyediakan peruntukan RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan, iaitu lima peratus dari hasil pengeluaran minyak dan gas di pesisir luar pantai Kelantan untuk tahun 2008. – Bernama